Home Petua Tips Bimbang Terkena Peny4kit Ain, Ini Reaksi Neelofa Bila Nak Kongsi Wajah Bilal

Bimbang Terkena Peny4kit Ain, Ini Reaksi Neelofa Bila Nak Kongsi Wajah Bilal

69
0

HAMPIR tiga bulan melahirnya cahaya mata, ramai peminat yang tak sabar melihat wajah putera sulung selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menyedari kerap menerima pertanyaan yang sama, isteri kepada Pencetus Ummah Harris Ismail atau PU Riz ini memberitahu dia mungkin akan berkongsi keletah anaknya jika bayi itu sudah kuat dan sesuai untuk ditunjuk kepada umum.

Neelofa jawab pertanyaan netizen mengenai wajah Bilal.

“Untuk yang bertanya fasal Bilal, tak berhenti tanya saya fasal Bilal saja… ramai yang menasihati saya benda yang sama.

“Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan. Untuk mengelakkan ain, atau pun nanti bagi dia besar dahulu, kuat dahulu. Bagi masa dan ruang,” kata Neelofa.

Selebriti berusia 33 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di laman Instagram pada malam, Rabu.

Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu kan.

Sesi IG Live tersebut juga turut disertai rakan baiknya yang juga pelakon Izara Aishah bagi mempromosikan koleksi tudung raya.

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasinya.

“Terima kasih kepada yang memahami,” ujarnya secara ringkas.

Neelofa bersama suaminya, Harris Ismail.

Menerusi temu bual mStar bersama ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini berkata dia menghormati keputusan Neelofa yang masih belum bersedia berkongsi gambar Bilal kepada umum.

Malah katanya, keluarga terdekat juga masih belum melihat wajah cucunya itu.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Harris Ismail pada 27 Mac tahun lalu.

Pasangan selebriti terkenal itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

“Bibir Mungil Macam Umi” Nampak Sipi-Sipi, Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal

Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu, kini peminat begitu teruja untuk menantikan usahawan, pelakon dan pengacara, Neelofa untuk tampil berkongsi wajah putera kesayangannya,

Muhammad Bilal selepas hampir tamat tempoh berpantang.

Ternanti-nanti kemunculan Bilal di Instagram Uminya, kini wajah Bilal hanya dilihat sipi-sipi sahaja bila mana Neelofa mula berkongsi beberapa keping gambar Bilal biarpun tidak sepenuhnya.

Melalui Insta Storynya, sesekali Neelofa turut berkongsi putera kesayangannya dan suami.

Tulis Neelofa melalui salah satu entrinya, biarpun duduk serumah namun rindunya pada Bilal takkan pernah padam.

“Duduk satu rumah pun boleh rindu dekat budak kecik ni,” tulisnya.

Menerusi entri berlainan pula, Neelofa turut berkongsi sekeping gambar Bilal yang dilonggarkan bedungnya. Sudah semakin membesar dan berisi. Comel!

“Bedung ala-ala.

“Masyallah geramlah dengan Bilal ni,” kata Neelofa.

Dalam pada itu, perkongsian wajah sipi-sipi Bilal itu sudah semestinya membuatkan peminat selebriti cantik jelita ini begitu teruja malah turut memuji wajah comel Bilal biarpun tidak nampak sepenuhnya.

Kata wargamaya, Bilal memiliki bibir mungil seperti ibunya malah memiliki kulit putih melepak seperti Abah dan Uminya. Comel sungguh.

“Yeay lofa dah tunjuk sikit… bibir Bilal.”

“Mesti handsome macam abahnya..”

“Masya Allah comelnya, mix ummi abah, putih merah, pipi bam bam, mulut mungil, dagu tu nampak macam abah dialah.”

“Mulut macam mulut ummie lah. Comel walaupun nampak sipi-sipi je…”

Terdahulu Neelofa selamat melahirkan putera sulungnya pada 29 Januari yang lalu dan kini hampir tamat tempoh berpantangnya selama 44 hari.

‘Wajah Bilal biar Neelofa tunjuk’

KUALA LUMPUR: “Dia ingat berpantang seronok macam pergi spa, sauna dan berurut, rupanya tidak…,” demikian perkongsian ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengulas keadaan anaknya yang memperlihatkan diri seakan berada penj4ra ketika menjalani tempoh berpantang dalam perkongsiannya menerusi hantaran dalam Instagram, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kartini berkongsi, Neelofa dalam keadaan baik dan sudah mula menyesuaikan diri.

“Neelofa, seorang yang aktif, jadi mungkin banyak merasakan pertukaran fasa baharu apabila terima kena duduk rumah dan tidak melakukan pelbagai perkara lagi.

“Semua ini ambil masa sekejap sahaja. Tetapi, sekarang saya sudah nampak Neelofa semakin memahami dan cepat belajar. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Kartini, dia meluangkan masa antara empat hingga lima jam melawat Neelofa di rumahnya setiap hari bagi memberikan sokongan dan tunjuk ajar.

“Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian balik rumah saya lebih kurang seminggu. Sekarang ini, dia berada di rumahnya sendiri.

“Saya faham apabila dalam pantang, kita mahu duduk di rumah kita kerana lebih selesa.

“Jadi, setiap hari saya ke rumahnya. Walaupun Neelofa sudah ada pengalaman menjaga anak-anak saudara, tetapi ia tidak sama apabila alami sendiri. Masih banyak perlu belajar.

“Sebagai ibu, saya kena selalu berpesan memakai stoking tebal-tebal, duduk melunjur dan banyak lagi. Memang selalu kena ingatkan. Kita meng4ndung sembilan bulan dengan berpantang satu bulan, jauh bezanya. Tempoh berpantang adalah masa yang kritikal,” katanya.

Kartini bersama anak-anaknya ketika pelancaran koleksi Disney X Naelofar: The Little Mermaid di pusat membeli belah One Utama. – NSTP/Aziah Azmee

Namun, Kartini bersyukur cucunya, Muhammad Bilal Muhammad Haris senang dijaga dan tidak banyak meragam.

Kartini turut menyatakan, dia menyerahkan keputusan kepada Neelofa berkongsi gambar cucunya kepada umum.

Katanya, sehingga kini, dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihannya.

“Saya tak pernah tanya soal ini. Sebenarnya, keluarga terdekat di Kelantan pun tidak menerima gambar Bilal. Mereka minta pun, kami tak bagi. Dan, saya sendiri tak ambil gambar.

“Neelofa akan menghantar gambar Bilal setiap hari, tetapi saya tidak akan bertanya bila nak tunjuk atau sebagainya. Saya beri Neelofa ruang buat keputusan.

“Saya hormat pilihannya dan tidak bertanya kenapa. Bagi saya, kalau tak tanya pun kami sudah faham kenapa. Jika diikutkan, saya pun banyak benda nak tanya, tetapi saya fikir tak mengapalah kerana itu kehidupannya.

“Saya percaya ramai bertanya bila Neelofa mahu kongsi wajah Bilal. Jadi, sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan perkara sedemikian,” katanya.

Kartini ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu, Disney X Naelofar: The Little Mermaid di pusat beli-belah One Utama, baru-baru ini.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.gengkepoh.net/

Previous articleKeluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Driver Isteri Shuk Sahar Jadi Tanda Tanya
Next article“Isteri Belum Hamil, Baju Yang Besar” – Remy Ishak Jawab D4kwaan Netizen Nampak Baby Bump

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here