Home Petua Tips Bukan free gift, tapi ‘sampah’ bers1sik 1.5 meter! G4dis cem4s jumpa kvlit...

Bukan free gift, tapi ‘sampah’ bers1sik 1.5 meter! G4dis cem4s jumpa kvlit ul4r dalam kotak gaming chair dibeli online… peniaga sila ambil perhatian

55
0

SIAPA yang tidak teruja apabila barang yang dibeli secara dalam talian, dihantar bersama ‘hadiah percuma’ (free gift).

Namun, ibarat mimpi ng3ri bagi seorang g4dis kerana hadiah percuma itu merupakan selonggok kvlit ular, yang ditemuinya di dalam kotak barang yang dibeli.

Bercakap kepada mStar, g4dis berkenaan, Nurul Asikin Othman berkata, dia membeli kerusi permainan atau gaming chair menerusi platform beli-belah dalam talian, 25 Februari lalu.

Lebih mesra disapa Eykin, katanya, barang yang ditempah itu daripada peniaga di Cheras, di ibu negara hanya diterimanya lima hari kemudian iaitu pada 1 Mac lalu.

“Saya beli gaming chair tu bagi menggantikan kerusi untuk meja mekap di rumah. Saya tengok kat online macam cantik je, itu yang saya beli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Pada hari kotak tu sampai, saya dapat call dan ditanya barang tu nak hantar ke rumah atau tempat kerja. Saya cakap hantar ke tempat kerja sebab tiada orang di rumah masa tu,” kata g4dis berusia 25 tahun itu ketika dihubungi.

kulit ular 4

Gaming chair yang dibeli Eykin.

Eykin yang bekerja di Kluang, Johor berkata, dia menyedari terdapat kesan koyak seperti berlubang di bahagian bucu kotak barangan sewaktu hendak menyimpannya di dalam kereta.

“Saya anggap koyak tu mungkin sebab kotak tertindih dengan barang-barang lain. Bila balik ke rumah di sebelah petang, saya tak ingat ada kotak di tempat duduk belakang kereta,” ujarnya yang berasal dari Simpang Renggam.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia hanya menyedari kotak yang di dalam kereta pada sebelah malam dan membukanya satu persatu dari dalam kotak, di bilik.

“Saya perasan ada sampah. Mulanya ingat sampah atau bubble wrap yang terbuka dari balutan kerusi. Tapi sebenarnya tak, rupa-rupanya benda yang saya pegang dan sangka sampah tu adalah kvlit ular.

“Saya campak balik kvlit ular tu dalam kotak, nak jer1t pun tak boleh. Saya terus berlari ke bilik tidur mak, beritahu ada kvlit ular dalam bilik sampai semua p4nik,” katanya sambil menambah kvlit ular yang bers1sik itu sepanjang kira-kira 1.5 meter.

kulit ular 3

Eykin berkongsi detik cem4s menemui kvlit ular.

Eykin berkata, kotak tersebut dibawa keluar ke ruang tamu untuk diperiksa oleh bapanya menggunakan sebatang kayu.

“Yelah, t4kut kalau tiba-tiba ular tu keluar. Dalam fikiran nak panggil bomba je, tapi alhamdulillah ayah dah check dan tak ada ular dalam kotak.

Saya nak tidur pun tak lena sebab t4kut ada ular dalam bilik.

NURUL ASIKIN OTHMAN

“Sampaikan saya pergi check dalam kereta, mujur tak ada ular. Ayah kemudian bakar kotak dan kvlit ular tersebut.

“Ular tu binatang berb1sa kan, takut ia keluar kat mana-mana. Ada dalam bilik tidur saya ke. Saya nak tidur pun tak lena sebab t4kut ada ular dalam bilik,” tambahnya.

kulit ular 5

Eykin menulis ‘review’ mengenai penemuan kvlit ular.

Mengakui masih terkejut, Eykin yang bekerja sebagai peniaga buah-buahan bagaimanapun tidak serik untuk membuat pembelian secara dalam talian, sebaliknya akan lebih berhati-hati setiap kali membuka kotak atau bungkusan barang yang dihantar.

“Jangan main pegang je tanpa tengok-tengok. Saya tak contact seller tu, cuma saya buat review maklumkan kepada pembeli barang tu supaya berhati-hati.

“Kepada peniaga, tolong check dulu barang tu sebelum pos. Kalau kotak tu koyak, gantikan dengan yang lain. Takut ada binatang tumpang dalam tu, jadi rosak barang nanti,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.keramatviral.com/

Previous articleDiari ibu ded4h segalanya, wanita ini tak pernah putus asa ubah nasib keluarga… sedih imbau saat makan nasi berkuah air, baju burvk punca tiada kawan di sekolah
Next articleDipuji Seperti Lelaki Korea, Hun Haqeem Buat Peminat Tak Keruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here