Home Petua Tips Cantik Sangat Nama Baby, Krisdayanti T4yang Selfie Pertama Bersama Cucu

Cantik Sangat Nama Baby, Krisdayanti T4yang Selfie Pertama Bersama Cucu

60
0

SELEPAS lima hari menimang cahaya mata sulung, akhirnya pasangan selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mengumumkan nama dan wajah anak mereka.

Bayi perempuan yang disebut sebagai Baby A ini diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.

“Ameena ini nama ibu Nabi Muhammad SAW. Jadi ibu nabi telah melahirkan manusia paling hebat di dunia, kiranya dia perempuan yang hebat juga.

“Hanna pula ertinya kebahagiaan, kelahirannya membawa kebahagiaan untuk satu keluarga, semuanya happy.

“Nur itu nama mamanya, ertinya cahaya, biar anak kami bercahaya juga,” kata Atta menerusi siarang langsung di program RCTI Plus.

atta 1

Comelnya wajah baby Ameena.

Ameena Hanna Nur Atta selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, neneknya iaitu penyanyi terkenal Krisdayanti turut berkongsi wajah comel Ameena menerusi laman Instagram.

“Alhamdulillah! Perkenalkan cucu kami Ameena Hanna Nur Atta,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ameena merupakan cucu pertama bagi keluarga Aurel dan Atta, sudah tentu kelahiran ini sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua keluarga.

Dalam perkembangan lain, Atta turut mewujudkan Instagram khas untuk puteri sulungnya itu iaitu @ameenaatta.

Akaun berkenaan memiliki lebih 300,000 pengikut selepas tiga jam diwujudkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Previous articleVideo Mia Sarah Ajar Rykal Menari Raih Jutaan Tontonan, “Asal Dia Macam Zizan”
Next articleFazura Raih RM5.4 Juta Jual Tudung Sempena Ramadhan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here