Home Petua Tips Comelnya anak kedua Kareena Kapoor! Wajah Jeh Ali Khan jadi tumpuan

Comelnya anak kedua Kareena Kapoor! Wajah Jeh Ali Khan jadi tumpuan

75
0

BEBERAPA foto aktres terkenal Bollywood Kareena Kapoor memeluk bayi keduanya, Jeh Ali Khan sebelum dia keluar bekerja menjadi tumpuan pengguna media sosial.

Rata-rata teruja melihat wajah comel bayi berusia enam bulan itu yang kelihatan mengenakan pakaian berwarna biru dengan bib putih di atasnya.

Setelah menyerahkan bayi itu kepada pengasuh Jeh Ali, Kareena dilihat memasuki keretanya dengan secawan kopi.

Walaupun ini bukan kali pertama wajah Jeh Ali viral di media sosial, namun ia cukup mengujakan orang ramai kerana Kareena atau suaminya, Saif Ali Khan ‘mengunci’ rapat segala maklumat tentang anak kedua mereka ini.

Untuk rekod Jeh Ali dilahirkan pada 21 Februari lalu.

Jeh Ali mempunyai seorang abang bernama Taimur Ali Khan yang dilahirkan pada 2016.

Setelah melahirkan Jeh Ali, Kareena melancarkan sebuah buku berjudul Kareena Kapoor Khan’s Pregnancy Bible.

Menerusi buku itu, Kareena menceritakan tentang kesukaran yang dihadapinya pada kehamilan keduanya.

“Kehamilan ini sangat sukar dibandingkan dengan Taimur yang sangat mudah. Saya pernah menyukainya, menikm4tinya dan itu memberi saya keberanian untuk melakukannya lagi.

“Tetapi ini berbeza. Saya jadi bingung… saya rasa tidak boleh melakukannya, tak terfikir semunya akan menjadi okay,” demikian tulis Kareena dalam bukunya itu. – The Indian Express

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleLaju Mamat Khalid buat kerja, ‘s4mbar’ penyanyi lagu parodi My Sejahtera Way berlakon – “Sudah buat penggambaran pun”
Next article“Saya hanya buat tak tahu..” Wanita ini kahwin kekasih kawan baiknya.Tapi kawannya ad..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here