Kepimpinan seseorang itu menentukan jatuh bangunnya setiap sesuatu, lazimnya, isu-isu dalam sesebuah organisasi berpunca daripada masalah-masalah biasa yang berkisar pada penglibatan dan pelaksanaan kepimpinan dalam kalangan kakitangan.
Keprihatinan majikan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan pekerja masih pada tahap rendah terutamanya dalam bencana pandemik Cov1d-19 yang semakin memburuk.
Situasi itu dilihat cukup membimbangkan dengan keadaan negara yang masih berdepan ancaman wabak pandemik Cov1d-19 berikutan tempat kerja yang kemungkinan berpotensi menjadi lokasi penyebaran virus berkenaan.
Pastinya, rakyat Malaysia berasa gerun kerana bimbang wabak maut itu mampu menempel dan dijangkiti dalam apa jua situasi jika tidak mematuhi segala pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Meskipun keperluan sektor ekonomi masih lagi beroperasi seperti biasa, pematuhan (SOP) yang ditetapkan kerajaan adalah sangat ketat.
Walau bagaimanapun, keadaan tempat kerja yang tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik dan ruang yang terhad pastinya menyukarkan perlaksanaan penjarakan fizikal dalam kalangan pekerja samada sewaktu bekerja, dalam kenderaan ke tempat kerja, mahu pun di tempat tinggal yang dipercayai telah menjadi sumber kepada penyebaran wabak ini.
Menyedari hal itu, pereka fesyen terkenal tanah air Datuk Rizalman Ibrahim telah tekad mengambil keputusan untuk menutup dan menyekat penuh operasi syarikat beliau selama dua minggu demi menjaga keselamatan pengunjung dan para pekerjanya agar ikhtiar yang dijalankan itu mampu mematahkan penyebaran wabak Cov1d-19 dalam negara.
caption:
“biaqlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini demi kebaikan semua”
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Instagram milik Datuk Rizalman, pihak syarikatnya juga akan menutup segala penjualan atas talian bermula 12 malam pada 18 Mei bertujuan menjaga keselamatan pekerja serta membantu mengurangkan penularan wabak.
Tindakan berani pemilik syarikat pereka fesyen ini meraih pujian rata-rata warganet yang turut meluahkan sekalung penghargaan buat beliau kerana bertindak untuk mengambil keputusan bijak dan langsung tidak mementingkan diri mahupun keuntungan.
Bukan mudah untuk mengekalkan pretasi sesuatu syarikat itu dalam tahap kondisi semasa yang semakin membimbangkan, tidak menjadi titik tolak perusahan dan perindustrian merupakan tunjang utama dalam menstabilkan kepentingan ekonomi dan kesihatan negara.
Meskipun, tindakan ini merupakan satu contoh terbaik yang mampu dijadikan teladan buat para majikan di luar sana dalam menjaga keselamatan para pekerja serta orang awam, perangkaan pengurusan harus dirancang dengan jayanya agar tidak mengganggu-gugat sesebuah syarikat atau terkandas di tengah jalan.
Walau bagaimanapun, sifat tegas dan lantang Datuk Rizalman ini menjadikan beliau sebagai seorang pereka fesyen disegani di kalangan penggiat industri feseyen tempatan di atas sentuhannya yang bukan sahaja terkenal dalam selebriti, malah menjadi pilihan orang kenamaan.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Datuk Rizalman
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.hotfm.com.my/