Home Petua Tips Tiga negeri ini catat jumlah tertinggi cubaan rentas negeri

Tiga negeri ini catat jumlah tertinggi cubaan rentas negeri

634
0

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Tiga negeri iaitu Melaka, Perak dan Pulau Pinang dikenal pasti mencatatkan jumlah rentas negeri tertinggi dalam sekatan jalan raya rentas sempadan negeri yang dibuat di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi sekatan tersebut, sebanyak 264,280 kenderaan diperiksa dan sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung berhari raya pula diarah berpatah balik.

Katanya, Melaka mencatatkan jumlah tertinggi cubaan rentas negeri sebanyak 886 kenderaan, diikuti Perak (362) dan Pulau Pinang (284).

“Ini dah macam pertandingan sedangkan setiap hari saya ulangi jangan merentas negeri.

“Saya percaya selepas saya umumkan tiada lagi kebenaran merentas negeri, ramai yang ambil kesempatan untuk merentas negeri semalam kerana takut sekatan hari ini dan menyebabkan jumlah kenderaan terus meningkat,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, semalam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghantar pulang seramai 894 pelajar ke kampung mereka membabitkan dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching dan dua penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu.

“Proses penghantaran juga dihentikan untuk sambutan hari raya dan akan bersambung semula pada 28 Mei melibatkan seramai 1,722 pelajar,” katanya.

Sumber : Sinarharian

Previous articleDoktor, Injection Kasi M4ti ada tak? Tanya Warga Emas Yg Diperlakukan Dengan Bvrok Oleh Anaknya
Next articleBermalam dikira langg4r SOP aktiviti ziarah pada Aidilfitri – Ismail Sabri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here