Home Petua Tips “Dah Tutup Apa Yang Sepatutnya, Tapi Tetap Jadi Bahan”

“Dah Tutup Apa Yang Sepatutnya, Tapi Tetap Jadi Bahan”

62
0

Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki melakukan aksi menjijikkan di hadapan fotonya, penyanyi Wany Hasrita berkata ibunya terkejut apabila mengetahui tentang perkara itu.

Namun, Wany berkata ibunya tenang selepas dia memberi penjelasan mengenai perkata itu apatah lagi ramai yang membantunya membuat laporan berhubung video berkenaan.

BACA: Foto Wany Hasrita Dijadikan Tempat Lepas Nafsu

“Sejak saya mula keluarkan video itu di Insta Story, saya beritahu ibu juga dan dia pun sangat tenang mendengar segala penjelasan yang dibuat.

“Apapun, saya bersyukur kerana ramai yang sayang serta menolong saya membuat laporan kepada Twitter terhadap video dan akaun itu,” katanya kepada Harian Metro.

Wany berkata meskipun foto dikongsikannya menutup aurat tetapi tetap menjadi ‘bahan’ lelaki melepaskan nafsu. Bagaimanapun, dia kini akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar di media sosial.

“Mungkin saya yang perlu kawal setiap gambar nak dimuat naik di media sosial. Kita manusia akhir zaman, akan tetap wujudnya orang yang tak sihat begini.

“Walaupun, foto yang saya kongsikan itu sudah tutup apa yang sepatutnya ditutup, tidak menampakkan sebarang bentuk pun, tapi masih menjadi bahan juga.

“Apapun, saya doa yang baik-baik saja semoga tidak terkena lagi benda-benda begini baik pada diri sendiri mahupun semua wanita lain di luar sana,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Saya Tak Nak Jadi ‘B0doh’ Macam Dia, Cukuplah…,” – Datuk Awie
Next articleDua Kali Bercerai, Zarina Anjoulie Tak Malu Jadi Janda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here