Home Petua Tips ‘Kena Ku4nrantin Di Singapura’ 30 hari tak dapat jumpa, Fazley Yaakob menangis...

‘Kena Ku4nrantin Di Singapura’ 30 hari tak dapat jumpa, Fazley Yaakob menangis pulang ke rumah

351
0

Datuk Fazley Yaakob antara selebriti yang ada urusan di luar negara dan setelah pulang ke tanah air, penyanyi dan pelakon ini telah buat kuarantin diri selama 14 hari.

Berada lebih kurang dua minggu di negara jiran Singapura, dan kemudian kuarantin selama dua minggu, kini Fazley Yaakob dah lebih kurang 30 hari tak bertemu isteri dan anak-anaknya.

Setelah 30 hari masa berlalu, Fazley akhirnya dapat bertemu anak dan juga keluarganya. Memang satu perasaan rindu yang tak dapat nak di ungkapkan.

Momen perjumpaan Fazley Yaakob bertemu isteri dan anak telah dikongsikan di laman media sosial miliknya hari ini.

Baca perkongsian Fazley Yaacob.

“Akhirnya saya pulang ke rumah saya. Lebih kurang selama 30 hari tanpa anak-anak dan juga isteri serta keluarga, memang ianya satu seksaan buat jiwa! Kami telah terpisah sebab saya kerja dan saya buat self-quarantine, ini adalah satu perkara yg saya tidak pernah jangka.

Saya ingat diri saya ni kuat, akan tetapi bila saja saya balik dan lihat anak, isteri dan ibu, kaki saya terasa longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang amat sangat”.

“Lepas ja saya secara tak sengaja nangis, anak-anak semua minta saya dukung.

Anak sulung saya siap berkatamacam ni, lamanya tak kena dukung. Boleh dikatakan selama 30 hari rasa macam 30 tahun lamanya”.

“Kepada kalian semua, mari kita sama-sama usaha sebaiknya untuk jaga kesihatan keluarga dan masyarakat secara umumnya. Anak selalu tanya dah mandi ke, tak ada virus ke.

Ini kerana dia agak keliru kenapa 30 hari tak boleh jumpa dan peluk, tiba-tiba hari ini saya dah balik dan peluk dia.

Untuk pengetahuan, Fazley Yaakob ketika kuarantin diri, sering membuat panggilan telefon dan video call kepada keluarganya untuk tahu perkembangan terkini mereka dan bertanya khabar.

Itulah cabaran yang dialami ramai orang ketika ini. Ada yang kena kuarantin dan tak dapat jumpa keluarga, namun kita semua kena kuatkan diri untuk buat self isolation agar virus ini tak merebak lagi.

Sama-sama kita putuskan rantaian ini.

 

Sumber : newstel

Previous articleTermasuk Puteri Aishah, terkini 6 krew disahkan p0sitif C0v 19, juga baca kenyataan Ben Amir
Next articleBlack Hanifah Dikec4m Pula Lagi Gara-Gara Terima Bantuan? Ini Penjelasan Sebenarnya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here