Home Petua Tips Dekat Dm Tak Henti Netizen Tanya Pasal Wajah Anak, Neelofa Mohon Masa...

Dekat Dm Tak Henti Netizen Tanya Pasal Wajah Anak, Neelofa Mohon Masa Bagi Bilal Besar Dulu Dan Kuat

89
0

Pasangan selebriti popular, Haris dan Neelofa belum bersedia untuk berkongsi wajah anak lelaki mereka, Muhammad Bilal kepada umum. Biarpun rata-rata peminat bersetuju dengan pendirian suami isteri ini namun ada juga yang masih bertanya soalan yang sama.

Ketika siaran langsung Instagram bersama pelakon Izara Aishah, Neelofa, 33, mended4hkan ruang ‘direct message’ dia dipenuhi dengan pertanyaan netizen yang ternanti wajah Bilal.

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia mengikuti nasihat yang diberikan supaya berjaga-jaga dengan peny4kit ain memandangkan usia Bilal baru memasuki dua bulan.

Isteri kepada Pencetus Ummah ini juga memohon ruang dan masa sehingga anaknya itu sudah besar dan kuat.

Untuk mereka yang tanya pasal Bilal, tak berhenti dekat DM saya pasal Bilal ja.. Ramai menasihati saya perkara yang sama.

Mungkin ada baiknya juga kita tak kongsi-kongsikan dulu. Untuk mengelakkan peny4kit ain, atau pun bagi Bilal besar dulu, kuat dan sihat.

Bagi masa dan ruang. Terima kasih kepada mereka yang memahami.

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTOP turut berkongsi pengalamannya bergelar ibu pertama kali dan akui proses itu tidak mudah dan sangat mencabar.

Alhamdulillah syukur diberikan kesihatan. Selepas 44 hari berpantang, saya sangat ‘respect’ dengan ibu yang mempunyai anak ramai termasuklah ibu saya sendiri.

Masya-Allah not easy. Tak mudah untuk lalui momen dalam pantang itu, terlalu banyak benda yang going on the same time.

Untuk wanita yang kali pertama jadi ibu, nak sesuaikan dengan rutin baru, nak faham anak lagi, breastfeeding lagi.. sangat la mencabar. Dengan bengkak susu lagi, banyak ibu yang alami benda ini sebab tak ada banyak ilmu. Saya berjaya hubungi breastfeeding consultant dan dia akan datang mengajar di rumah dari mula.

Neelofa baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://ohbulan.com/

Previous article“Yang Paling Penting Saya Fikir Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak..” – Isteri Shuk Sahar Ulas Kehadiran Di Mahkamah Syariah
Next articlePeniaga bundle tenang dis1ndir terg4mak jual baju lusuh, kedut harga RM890… anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here