Home Petua Tips “Dengan Hasil Kuikhlaskan, Saya Diberi Kasih Sayang,” – Vida Lancar Lagu Jam...

“Dengan Hasil Kuikhlaskan, Saya Diberi Kasih Sayang,” – Vida Lancar Lagu Jam 3 Pagi Tadi, Target 3 Juta Views Sehari

69
0

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida yang baru sahaja muncul dengan single serentak muzik video terbaharu, Kuikhlaskan terharu atas sambutan baik yang diterima terhadap buah tangan terkininya itu.

Menurut Vida, harapannya juga besar untuk melihat naskhah tersebut mendapat tontonan tinggi dalam tempoh 24 jam.

Vida berkongsi perkara tersebut menerusi Insta Stories sejurus melancarkan muzik video berkenaan kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

“Setelah menunggu sekian lama, saya minta maaf atas penantian semua. Tapi saya yakin kalian sokong saya dan setelah melihat pada sambutan, saya sangat terharu kerana ramai yang ikhlas memberikan komen pada karya Kuikhlaskan.

“Yang saya rasa tak pernah menerima kata-kata seindah ini, melainkan pada malam ini. Dengan hasil pada Kuikhlaskan, saya diberi kasih sayang daripada semua. Dan saya mahu anda kongsikan muzik video ini supaya dapat sasaran saya seterusnya iaitu tiga juta ‘views’ sehari.

“Saya lancarkan 3.00 pagi itu sudah ditakdirkan. Its happened and just go with the flow. Mahu anda beri sokongan pada saya. Make it happen three million viewer a day,” katanya.

Terdahulu, Vida yang juga Presiden Netizen Big Stage 2022 sebelum in memuat naik teaser muzik video berkenaan lengkap dengan mengenakan persalinan unik serta solekan artistik di Instagram.

Perkongsian berkenaan menerima reaksi pelbagai netizen susulan penampilannya itu.

Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun meraih lebih 40,000 tontonan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous articleDilamar sepupu sendiri, majlis pasangan ini raih 5.2 juta tontonan
Next article“Dia Boleh Terima Kerjaya Saya” – Azlee Khairi & Isteri Saling Memahami, Tak Ada Masalah Berlakon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here