Home Petua Tips Rakaman Pemandu Hentikan Bas, Selamatkan Warga Emas Bergelut Dengan Individu Dipercayai Peragvt

Rakaman Pemandu Hentikan Bas, Selamatkan Warga Emas Bergelut Dengan Individu Dipercayai Peragvt

221
0

Melalui sumber Daily Mail,pemandu bas bernama Károly Zsolt Kis sedang memandu melepasi pasar Újgyőr, dia ternampak seorang wanita warga emas yang bertongkat sedang bergelut dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai peragvt.

Pemandu bas di Miskolc, Hungary ini berjaya mematahkan satu cubaan ragvt ke atas seorang warga emas ketika sedang menjalankan tugas dan kejadian ini berlaku terlalu pantas dan Karoly begitu cepat turun dari bas bila nampat
pergelutan wanita warga emas dgn peragvt itu.

Kejadian yang berjaya dirakam oleh kamera pengawasan bas itu memaparkan pemandu bas tersebut memberhentikan bas yang dipandunya dan seterusnya meluru keluar ke arah wanita terbabit untuk membantunya.

Károly, yang juga merupakan seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat di Ir4q kemudiannya berlari menuju ke arah mereka berdua dan telah bertindak menolak peragvt tersebut.

Pemandu bas itu kemudiannya bertindak melindungi wanita tersebut daripada peragut itu sehingga peragut terbabit melarikan diri.

Dia kemudiannya telah pergi untuk mencari peragut itu di sebalik pokok-pokok yang berada di tepi jalan tersebut, pun begitu peragut itu telah melarikan diri.

Wanita warga emas itu kemudiannya telah menaiki bas tersebut dan meneruskan perjalanannya.

Pihak polis dilaporkan telah mengenal pasti dan men4ngkap seorang lelaki berusia 27 tahun yang disyaki sebagai suspek selepas insiden itu terjadi tidak lama kemudian pada 5 Jun.

Wanita warga emas itu walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun berasa terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya itu, menurut laporan tempatan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : siakapkeli

Previous article“Bukti Gambar Terakhir Antara Bukti Acap Sudah Lalui Kawasan Itu” Abang Acap Teruskan Usaha,Guna Kaedah Ulang Pencarian
Next articleSubhanallah, suami isteri ini benar-benar sehidup sem4ti ,jen4zah tersenyum indah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here