MEMILIK wajah yang cantik tidak menjadi tiket kepada pelakon baharu, Ezzanie Jasny mencipta nama dengan mudah dalam industri seni.
Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 23, juga mahu penonton mengubah persepsi tersebut dan percaya akan bakat yang cuba ditonjolkan.
“Saya rasa penonton perlu ubah pemikiran kehadiran seorang pelakon baharu itu hanya berdasarkan paras rupa sahaja.
“Apabila diberi kepercayaan untuk membawakan sesebuah watak dalam lakonan, saya cuba sebaik mungkin,” ujarnya kepada mStar.
Ezzanie kini rancak kembangkaq bakat ke dunia lakonan.
Ezzanie yang juga merupakan seorang model dan instafamous mengakui sedang mengembangkan kerjayanya ke dunia lakonan.
Dia sendiri tidak sangka bermula dari tawaran sebagai ‘extra’, kini mula diberi kepercayaan menerusi watak yang mempunyai nama dan dialog sendiri.
Saya tak mahu hanya terus terlibat dalam satu bidang (modeling) sahaja… boring
EZZANIE JASNY
PELAKON
“Sebelum ini saya hanya extra yang lalu-lalang sahaja dalam sebuah drama.
“Ada juga rasa gementar apabila mula diberikan skrip lakonan.
“Saya tak mahu hanya terus terlibat dalam satu bidang (modeling) sahaja… boring,” katanya.
Ezzanie bakal tampil dalam drama di slot Akasia berjudul Sayang Tak Dikenang yang turut menampilkan pelakon Ruhainies dan Fadlan Hazim.
Ini juga merupakan drama pertama yang meletakkan namanya sebagai barisan pelakon utama.
Drama arahan Feroz Kadir ini memaparkan konflik antara keluarga dan sahabat antara ketiga-tiga pelakon utama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mstar