Home Petua Tips Lakonan Watak Tua, Erra Fazira Tampil Beri Komen Pada Mekap Sheila Rusly

Lakonan Watak Tua, Erra Fazira Tampil Beri Komen Pada Mekap Sheila Rusly

383
0

Watak tua lakonan pelakon terkenal, Erra Fazira dalam filem Hingga Hujung Nyawa kembali diperkatakan warganet.

Solekan khas tua yang dikenakan pada wajah Erra dalam filem itu disifatkan lebih realistik dan kena dengan usia karakter.

Sehinggakan pengguna laman sosial membuat perbandingan antara watak tua Erra itu dengan Opah Aminah lakonan Sheila Rusly dalam drama Bukan Gadis Biasa yang ditayangkan di TV3.

Erra, 46, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, tidak adil sekiranya watak itu dibandingkan dengan orang lain.

“Saya tak tahu watak saya dalam filem itu kembali diperkatakan. Cuma, apabila ada yang cuba membandingkan bagi saya ia tak adil.

Filem saya itu sudah lama.

“Apa boleh dikatakan, solekan kesan khas Shiela itu ‘not so bad’. Kita kena respek orang yang buat mekap itu. Ia bukan senang. Nak buat solekan kesan khas kena belajar dan proses pembuatan ambil masa.

“Ini pengalaman untuk menjadi bagus. Sepatutnya jangan hentam. Nanti tidak ada kemajuan,” katanya kepada Harian Metro.

Erra yang juga pengacara program Mingguan Wanita tabik pada Shiela Rusly kerana sanggup melakonkan watak tua menggunakan teknik itu.

“Respek pada Sheila. Nak pegang watak macam itu bukan mudah. Ia mengambil masa yang lama. Macam saya dulu, tak boleh makan dan minum. Banyak pengorbanan untuk mengenakan solekan kesan khas ini.

“Sejujurnya, lakonan Shiela tak boleh dipertikai. Tapi, kalau ada pertikaian, kita kena bagi semangat. Kalau ada kekurangan kena sokong.

Kena berikan maklum balas positif,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Previous articleJangan Buat Perangai Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini..
Next article“Anak Tiri Rayyan Je, Jgn Jadi Dajjal..” – Memang pedas Ayat Ozlynn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here