Home Petua Tips Faizal Ismail Akui Pernah Al4mi G4ngguan Ketika Di Kemuncak Karier – “Rumah...

Faizal Ismail Akui Pernah Al4mi G4ngguan Ketika Di Kemuncak Karier – “Rumah Ada 2,3 Biji Tapi…”

84
0

Sungguhpun tidak lagi bergelar penyampai radio dan memiliki gaji bulanan yang besar, personaliti popular, Faizal Ismail mengakui lebih tenang dalam menjalani kehidupan sehariannya kini.

Lebih mendekatkan diri dengan agama sejak beberapa tahun lalu, Faizal atau lebih mesra disapa FBI itu berkata, dia kini meraih pendapatan dengan menghadiri undangan forum surau dan juga masjid.

“Demi istiqamah kepada Allah, saya kini memberi keutamaan kepada undangan sebagai moderator forum di masjid dan surau.

“Memanglah pendapatan sekarang tidak setanding dahulu. Tiada lagi gaji puluhan ribu. Tetapi rezeki saya sekarang tak pernah putus.

“Apabila kita meletakkan agama sebagai hal nombor satu dan Allah dalam hati, insya-Allah Dia pasti akan jaga kita dunia dan akhirat,” katanya.

FBI berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman pakej umrah bersama barisan selebriti oleh Syabibah Travel & Tours di ibu kota baru-baru ini.

Tambahnya, disebabkan terlalu mahukan kemewahan dunia dan memenuhi tuntutan karier, hubungannya dengan Allah sering tercicir. Selain itu, dia juga mengakui pernah diganggu ‘sesuatu’ suatu ketika dahulu.

“Dulu, keperluan saya dan keluarga mencecah hingga belasan ribu. Jadi, pada waktu itu, saya perlu dapatkan wang sebanyak RM12,000 hingga 14,000 sebulan.

“Ketika itu rumah pun ada dua, tiga biji. Tapi bila nak tidur, saya tak boleh pejam mata. Apa yang pelik, doktor pun tak boleh sahkan sama ada saya ada masalah kesihatan atau tidak.

“Apabila bertemu dengan ustaz, ada yang mengatakan saya dig4nggu sesuatu. Cuma saya tidak boleh dedahkan tentang hal itu kepada umum,” katanya lagi.

“Ustaz-ustaz yang merawat berkata ada sesuatu yang mengganggu, tapi sebelum ni saya tak boleh nak dedahkan pada umum,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, FBI bakal mengerjakan umrah pada bulan puasa menerusi pakej umrah yang diperkenalkan oleh Syabibah Travel & Tours.

Selain FBI, antara selebriti yang menjadi jemputan istimewa dan ditaja menerusi pakej umrah Syabibah Travel & Tours ialah Zulin Aziz dan suami, Bell Ngasri dan Saharul Ridzwan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Gempak

Previous article“Masyaallah Citra..” Anak Syurga Erma Fatima Beri Hadiah Untuk Ibunya Buat Ramai Menitis Air Mata
Next articleGadis Sabah Ini Buat Ramai Terkejvt, Sel4mba Teguk Budu Macam Minum Svsu C0klet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here