Bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ada membuat gimik persembahan penuh bermakna pada persembahan minggu ke-3, Ahad lalu.
Menjemput pelakon senior Norlia Ghani ke atas pentas, Fazley pada malam itu telah melantunkan lagu berjudul Yang Sedang-Sedang Saja nyanyian asal Iwan Shahman.
Jelas Fazley, kemunculan Norlia Ghani pada malam itu bertujuan untuk mengangkat isu percintaan di antara wanita berusia dan lelaki muda yang barangkali dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.
Katanya lagi, masyarakat sering dihidangkan dengan lelaki-lelaki tua berpangkat datuk bercinta dengan wanita muda namun tidak pernah mengetengahkan percintaan lelaki muda dan perempuan yang lebih berusia.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Jadi saya cuba adaptasikan realiti itu pada penonton bahawa percintaan itu sebenarnya tidak mengira usia. Walaupun wanita itu lebih berusia daripada lelaki, cinta tetap cinta!
Tegas pemilik restoran Suka Sucre Bistro itu lagi, semua manusia layak untuk memilik rasa cinta tanpa mengira usia asalkan ikhlas menerima.
Tak salah bercinta walaupun berbeza usia. Apa yang saya cuba sampaikan jangan kita pandang serong pada lelaki yang bercinta dengan wanita tua.
Pada akhir persembahan itu, Fazley turut melakonkan watak seorang pecinta wanita dan melontarkan dialog yang berbunyi “Baby will you marry me?” sambil menghulurkan sebentuk cincin dan disahut Norlia dengan jawapan “Of course I do.”
Komen Netizen:
Persembahan Fazley pada malam itu walau bagaimanapun masih mendapat tempat tercorot dengan kutipan markah 58% dan menyaksikan Nico G terpaksa pulang setelah mendapat mata persembahan paling terbawah.
Sumber : https://beautifulnara.com/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : SV