Home Petua Tips Fazley Yaakob tak mahu bertanding lagi, selesa menyanyi dalam studio – “Saya...

Fazley Yaakob tak mahu bertanding lagi, selesa menyanyi dalam studio – “Saya bukan penyanyi pentas”

47
0

TERSINGKIR di minggu keempat dalam Program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) membuatkan penyanyi Datuk Fazley Yaakob serik untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian pada masa akan datang.

Namun kata Fazley, 43, kegagalannya meneruskan persaingan dalam pentas besar seperti GV8 tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus aktif dalam bidang nyanyian.

“Saya tahu pentas GV ni bukan untuk saya. Apabila dah masuk dan tengok latar belakang peserta yang bertanding, saya sedar mereka sangat bagus berbanding apa yang saya tampilkan.

“Tempat saya adalah studio rakaman. Saya penyanyi rakaman, bukannya penyanyi pentas. Apabila dalam studio, jika ada salah kita boleh perbaiki.

“Saya rasa ini pentas pertandingan yang pertama dan terakhir sebab saya buat ini pun untuk anak saya,” katanya kepada mStar selepas berakhirnya konsert minggu keempat GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

553 (1)

Fazley membawakan lagu Mahlihai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan.

Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan terpaksa berpuas hati dengan markah sebanyak 50 peratus.

Mengulas lanjut tentang penyingkirannya itu, Fazley yang juga merupakan seorang cef selebriti berkata dia berasa lega dan puas hati dengan persembahan terakhirnya itu dalam GV8.

“Ada dua perasaan yang sangat utama… pertamanya saya rasa lega sebab pentas GV ni sangat berat untuk saya.

Saya rasa puas sebab sudah bagi persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu

DATUK FAZLEY YAACOB

PENYANYI

“Keduanya saya rasa puas sebab sudah bagi persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu.

“Berjaya bertahan sampai minggu keempat pun di luar jangkaan sebab saya jangka hanya di minggu pertama,” katanya.

adibahh

Adibah Noor mendapat markah tertinggi pada minggu keempat.

Menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, nyanyian Fazley pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang berada di dalam program tersebut namun masih banyak yang perlu dibaiki.

Untuk persembahan minggu keempat, Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika nyanyian asal Melly Goeslow menduduki tempat pertama dengan markah juri sebanyak 78.10 peratus diikuti Nikki Palikat (76.69) dan Suki Low (75).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Saya Bawa Agen Ramai, Biarlah Rezeki Itu Berk4t,” – Liza Hanim Tak Rela ‘Bu4t H4l’, Cuba Pert4han Imej Bersih
Next article“Alisa U Bu4t Gue N4ngis..”Gelagat Alisa Baca Doa Buat Ramai Tak Keru4n!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here