Home Petua Tips Kena Cer4ai Melalui Wasap, FizaElite Dedah Hubungan Dgn SalfulApek

Kena Cer4ai Melalui Wasap, FizaElite Dedah Hubungan Dgn SalfulApek

61
0

KUALA LUMPUR: Lama memendam rasa dan melindungi status diri, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suami, sejak 22 Julai lalu.

Tiga kali perkahwinan berakhir perceraian, Fiza reda jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri, tidak berpanjangan. Mereka berkahwin pada Disember 2016.

Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar… Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

“Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp.

Fiza mengaku sudah bercerai dengan suami, Aizat sejak 22 Julai lalu. Foto IG Fiza Halim

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Fiza sedar hakikat dirinya sudah bercerai tiga kali mengundang persepsi serong masyarakat.

“Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.

Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim akur dengan suratan hidupnya.

Dia juga mengaku sukar melelapkan mata sejak tiga minggu lalu.

“Mata mengantuk, tetapi tidak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri.

“Saya hilang arah dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup. Namun, saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu.

“Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu,” katanya yang belum terfikir untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam perkembangan lain, Fiza beruntung kerana bekas suami,

Ahmed Farriq Zainul Abidin sentiasa memberi perhatian terutama kepada dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Sementara itu, Fiza menjawab gosip konon berkahwin dengan pelawak, Saiful Apek gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG).

“Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.

“Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran,” katanya.

Apek Jawab G0sip Kahwin Dua

KUALA LUMPUR: Nama pelawak otai, Saiful Apek kembali hangat apabila gambar bersama bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang kelihatan cukup mesra menjadi bahan perdebatan netizen.

Dakwa netizen, foto yang dimuat naik Fiza di Instagram (IG) tidak sesuai dengan status dua selebriti yang sudah berkahwin. Lagi pun, ia tidak selari dengan imej Islamik Apek kerana jelas menunjukkan mereka saling bersentuhan.

Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusof berkata, gambar berkenaan dirakamkan ketika menjayakan program game show.

“Kami tidak bersentuhan, tetapi persepsi nakal timbul disebabkan kedudukan sudut kamera ketika gambar dirakamkan. Sebenarnya, tangan saya diletakkan atas tempat pemegang kerusi, manakala tangan Fiza di bawah pemegang, tetapi nampak seperti kami bersentuhan, walhal ia tidak berlaku.

“Saya tidak berniat menimbulkan kontroversi dengan gambar ini. Seperti dinyatakan, provokasi timbul berikutan kedudukan kami ketika gambar dirakamkan hingga menimbulkan salah faham.

“Saya tidak rasa perbuatan saya salah kerana gambar ini dirakamkan di tempat terbuka. Lainlah kalau saya rakam gambar di tempat tersorok, kemudian menyebarkannya dalam media sosial, itu tindakan bodoh namanya.

“Bagaimanapun, saya sedar, matlamat tidak menghalalkan cara. Jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dan berasakan perbuatan itu menjengkelkan, saya minta maaf. Memohon maaf adalah satu keberanian, memaafkan adalah satu kekuatan, manakala melupakan adalah kebahagiaan,” katanya kepada BH Online.

Mengulas ada pihak memandang serong dan hilang hormat hanya kerana insiden itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2003 berkata, perkara itu bukan kali pertama berlaku, tetapi sudah banyak kali.

“Sebelum ini, saya pernah dikaitkan dengan Fasha Sandha, Sabrina Ali dan terbaharu, Fiza. Jika hilang hormat terhadap saya hanya hanya kerana gambar ini, saya tidak boleh buat apa-apa.

“Bagi saya, jika menghormati seseorang, bukanlah kerana kita kena hormat, tetapi kerana kita menghormati diri sendiri serta mengamalkan sikap berbaik sangka dengan semua orang.

“Tetapi, jika tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan pasti, boleh mesej peribadi saya untuk bertanya dan saya akan menjawab segala kemusykilan,” katanya.

Filem Hantu Kuat Ketawa menggandingkan semula Saiful Apek dan Syanie Hisyam. Turut sama, Along Cham dan Zarina Anjoulie. – Foto IG Saiful Apek

Menjawab khabar angin yang mendakwa mengamalkan poligami, Apek berkata, dia sering dikaitkan dengan cerita panas seperti mempunyai skandal, cerai termasuk mengamalkan poligami.

“Sejak dahulu, apa sahaja berkaitan dengan soal peribadi saya lebih selesa untuk tidak menghebahkannya. Sejak 1994 hinggalah sekarang, rasanya tiada siapa pernah nampak wajah keluarga saya dipaparkan di dada akhbar. Ini berlaku kerana saya meletakkan batasan.

“Jika perkara membabitkan kerja seperti insiden gambar dengan Fiza, saya tiada masalah untuk menjawabnya. Selagi atas nama kerjaya, nak geledah pun geledahlah. Saya tiada masalah. Tetapi, izinkan saya simpan kisah peribadi demi menghormati keluarga yang memang tidak mahu kehidupan didedahkan kepada khalayak.

“Apapun jawapan yang diberikan, tetap tidak akan membawa perubahan apa-apa. Orang akan tetap menuduh saya berbohong hanya kerana saya seorang pelakon. Daripada membiarkan dosa bertambah, lebih baik saya tidak menjawab apa-apa. Lagipun, perkara ini tidak penting sebenarnya,” katanya yang baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi.

Filem bergenre komedi itu menggandingkannya semula dengan Syanie Hisyam, selain Along Cham dan Zarina Anjoulie.

Pemenang Anugerah Ikon Komedi Malaysia 2021 itu berkata, dia berbangga juga apabila masih menjadi bahan gosip dalam usia 52 tahun.

“Rasa bangga kerana masih relevan (ketawa). Walaupun kelibat saya jarang kelihatan, tetapi orang masih bercakap pasal saya.

“Saya tak pernah marah ataupun terkilan. Saya lebih selesa membiarkan masa menjawab segala-galanya. Jika berada di pihak yang benar, sampai masanya kebenaran akan terungkap juga,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Previous articleTulis Nota Di Tapak Tangan, Netizen Syak Iman Troye Miliki Lesen Kenderaan Hasil ‘Double Standard’
Next articleTak Lepas Sek4tan Jalan Raya, Remy Ishak ‘Balik Kampung’ Ikut Jalan Udara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here