Home Petua Tips “Future lawyer rupanya,” – Tak mudah kerja sambil belajar, Intan Najuwa digelar...

“Future lawyer rupanya,” – Tak mudah kerja sambil belajar, Intan Najuwa digelar ‘superwoman’

74
0

Bekerja sebagai anak seni dan pada masa sama melanjutkan pelajaran bukan satu hal yang mudah bagi sesetengah orang, namun itu jalan yang dipilih oleh aktres cantik Intan Najuwa ketika ini.

Memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, tidak menafikan turut mengalami tek4nan dalam membahagikan masa untuk kerjaya dan belajar.

“Bekerja dan melanjutkan pelajaran dalam masa yang sama boleh menjadi satu hal yang sangat str3s tetapi saya selalu ingatkan diri sendiri mengapa membuat pilihan tersebut.

“Mempunyai kerja sepenuh masa dalam industri seni mempunyai cab4ran dan ekspetasi sendiri tetapi tidak mustahil untuk meraih kejayaan bagi kedua-duanya,” katanya.


Tambah bintang utama drama Tak Sempurna Mencintaimu itu, walaupun adakalanya kehidupan seharian tertekan, dia masih berpegang dengan prinsip keseimbangan dalam kehidupan.

“Raikan kejayaan dan pencapaian anda. Miliki sesuatu yang boleh menggembirakan diri sendiri ketika melalui hari yang suk4r.

“Jangan lupa selitkan masa dan berseronok walaupun ketika itu anda sedang bekerja keras,” katanya yang menjawab soalan daripada netizen.

Intan menjawab soalan tersebut selepas seorang pengguna Instagram bertanya bagaimana kehidupan Intan yang merupakan seorang pelakon tetapi dalam masa sama sebagai pelajar jurusan undang-undang.

Terdahulu, aktres tersebut pernah berkongsi kepada netizen mengenai jadual kehidupan hariannya yang semakin padat selepas melanjutkan pelajaran jurusan undang-undang di sebuah kolej BAC Singapura.

Komen netizen:

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article“Video Abam Yg Tak Pernah Di Lihat” Hidayah buat ucapan ulang tahun perkahwinan buat ramai sayu
Next articleDuduk atas pelamin, ramai sangka Siti Nordiana kahwin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here