Home Petua Tips “Gara-gara Ngidam Durian..” Siti Sarah Dapat Sel0ngok Durian Pemberian Hamba Allah

“Gara-gara Ngidam Durian..” Siti Sarah Dapat Sel0ngok Durian Pemberian Hamba Allah

59
0

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin ada memuat naik posting di Instagramnya memaklumkan berasa teringin untuk menikmati buah durian jenis Musang King atau D24 .

Menurutnya dia begitu mengidam menikmati durian tersebut memandangkan sedang sarat hamil anak keempat.

Terfikir sampai tengiang-ngiang. Mana lah Sarah nak dapat ye? Sekarang tengah musim musang king atau d24 ke? Kalau boleh, nak yang dara tak berusik, kat supermarket mcm ade tapi sarah tak nak yang dah kopek punye,” tulisnya.


Isteri kepada usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu juga berharap agar sesiapa yang menjual buah durian tersebut dapat menghubunginya menerusi direct message (DM) ataupun menghantar ke kawasan Puchong.

Namun begitu, selepas memuat naik perkongsian berkenaan, dia telah mendapat ‘kejutan’ apabila ada hamba Allah yang begitu bermurah hati dengan memberinya buah durian yang diidamkan.


Sarah meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada individu berkenaan yang sangat pemurah apabila menghantar lebih daripada sebiji durian Musang King kepadanya.

Penyanyi itu sempat memuat naik gambar bersama longgokan raja buah berkenaan dengan berseloroh bahawa durian yang dihantar itu boleh dibuat kenduri.

“Ya Allah murah rezeki hamba Allah yang memberi nie… baru post petang tadi, lepas tu ade orang nak kongsi rezeki.. Lepas kempunann ibu hamil… bukan sebijik dia bagi tapi nie dah boleh buat kenduri. Terima kasih banyak2 adik A,” tulisnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menyifatkan Sarah sebagai seorang ibu hamil yang beruntung kerana ada yang sudi berkongsi rezeki dengannya.

Mereka juga sempat menitipkan pesan supaya Sarah tidak makan terlalu banyak Musang King berkenaan memandangkan kondisi diri yang berbadan dua.

 

Sumber: sitisarahraissuddin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous articleHairul Azreen T4k Meng4ku,Yusuf Belajar Men4ri Denganya”Bapa B0rek An4k Rintlk!”
Next article“Order Terus Bayar” Tak Minta Barang Free, Peniaga Ini Ded4hkan Sikap Sebenar Uqasha Senrose

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here