Home Petua Tips Giliran Azhan Rani pula ‘sound’ Zed Zaidi – “Selama ni aku dah...

Giliran Azhan Rani pula ‘sound’ Zed Zaidi – “Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu”

59
0

KENYATAAN Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi yang mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap ‘syok sendiri’ turut mengundang kem.arahan pelakon Azhan Rani.

Malah Azhan menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin waktu tayangan terbaharu drama siri lakonanya Nur yang sebelum ini siarannya ditarik semula selepas episod pertama.

“Acik presiden tu kata drama aku berlakon tu syok sendiri. Tapi kenapa ada jadual baru tayangan Nur sekarang ni kat sana setelah ditayangkan dua pagi. Tayang di dua stesen TV pula tu.

Azhan kongsi waktu siaran baharu drama Nur di Indonesia.

“Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. Tapi bukan semua pelakon macam tu. Nawaitu kita berbeza. Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

“Tak ada siapa suruh jual ke sana… yang paling penting kalau gah sangat drama tu kat sana pun, tuan president tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian Seniman yang setakat menang tepuk saja ni,” katanya.

Sebelum itu, Shahrulezad memb.idas kenyataan Zed Zaidi dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

AZHAN RANI

PELAKON

Tegas Shahrulezad, dia tidak pernah mem.aksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur, malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

Sementara itu, Shahrulezad turut mengatakan semua stesen TV tempatan termasuklah kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sepatutnya bekerja keras untuk mengeksport drama Malaysia ke luar negara bukan membawa masuk karya dari luar.

Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.

Drama lakonan Azhan itu turut dibintangi oleh Noor Khiriah.

Dalam pada itu, Azhan mengakui perasaan bangga melihat lakonan Zed Zaidi menerusi filem Sembilu hilang disebabkan kenyataan yang dikeluarkan aktor tersebut.

“Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu. Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak bangga dah lagi. Apooo!” ujar Azhan.

Selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syaq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

Malah lebih membanggakan, menurut pengarahnya, drama itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang itu iaitu MNCTV dan Muslim TV.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Previous article“KKM Cadang PKP Balik Utk 6 Negeri.” Ramai Tak Senang Duduk Bila Tgk Senarai Negeri Yg Terlib4t
Next articleKec0h Artis Langg4r SOP Masa Majlis Berbuka Puasa, Sekali Instafamous Tampil Beri Respon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here