Home Petua Tips Undi Tak Percaya Adalah Hak Saya,Untuk Selamatkan Malaysia – Tun M

Undi Tak Percaya Adalah Hak Saya,Untuk Selamatkan Malaysia – Tun M

483
0

Kuala Lumpur 18 Mei: Bekas perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usul undi tidak percaya yang dicadang beliau terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah untuk menyelamatkan negara dari seseorang yang tidak berbuat baik untuk negara.

Tambahnya lagi, cadangan usul tidak percaya adalah hak setiap ahli parlimen, tanpa mengambil kira usul itu akan berjaya atau ditewaskan. Walau bagaimanapun, beliau berharap usul tersebut akan disokong apabila Pakatan Harapan mendedahkan salah laku kerajaan.

“Untuk mencadang usul tidak percaya adalah hak setiap ahli parlimen, tanpa mengambil kira sama ada usul tersebut akan berjaya atau dikalahkan.

Tetapi dalam kes ini kami merasakan apabila kami mendedahkan salah laku kerajaan walaupun mungkin ada beberapa orang yang berkata kami tidak mempunyai majoriti.

Kami menjangkakan pertimbangan yang baik akan berlaku di kalangan ahli parlimen supaya mereka boleh menyokong usul yang bertujuan untuk menyelamatkan negara dari seseorang yang tidak berbuat baik untuk negara ini.”

Terdahulu, Tun Dr Mahathir berkata, tujuan usul undi tidak percaya itu dicadangkan adalah kerana hilang kepercayaan terdahap Muhyiddin kerana menukar pendirian parti tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.

“Perdana Menteri yang ada sekarang ini telah membuat janji untuk menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia tukar pendirian tanpa dirujuk kepada parti, tanpa buat keputusan daripada parti.

“Walaupun ada usul untuk (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) keluar daripada Pakatan Harapan (PH), tetapi tidak pernah dibincang dalam Majlis Pimpinan Tertinggi berkenaan kerjasama dengan Perikatan Nasional.

“Dia (Muhyiddin) buat suka hati dia sahaja, sebab itu kita tidak ada kepercayaan terhadap Presiden Parti Bersatu ini,”

Tun Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini sejurus selepas selesai titah Yang Di Pertuan Agong di dewan rakyat.

Turut hadir adalah presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta anak beliau timbalan presiden PPBM dan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir serta presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal. Anwar Ibrahim dan wakil dari PKR tiada dalam sidang media tersebut.

Sumber : Islamikmedia

Previous articleTokey Cina ni bagi alasan, Walau Gaji RM100 sehari, pekerja tempatan berhenti selepas tiga jam
Next articleMV Diamond Princess akan berlabuh di Malaysia.”Kenapa malaysia , Ke ada yg tidak kena ?” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here