Home Petua Tips Selepas kes cvrang, Hana Azraa dedah perkahwinan dengan PU Abu bakal berakhir...

Selepas kes cvrang, Hana Azraa dedah perkahwinan dengan PU Abu bakal berakhir – “Kami dah bawa haluan masing-masing”

231
0

SUSULAN k0ntroversi dan d4kwaan pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Abu berlaku cvrang pada Januari lalu, perkahwinannya dan Hana Azraa semakin berantakan.

Selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama dengan pendakwah itu pada 1 Februari lalu, Hana pada Khamis mendedahkan rumah tangga yang dibina kira-kira hampir setahun itu sudah berada di hujung tanduk.

Menurut Hana, dia sudah nekad untuk mencari haluan masing-masing.

 

Hana berkongsi perkara itu di IG pada Khamis.

 

“Ya… memang kami sudah buat haluan masing-masing dan sekarang ni nak fokus urusan percer4ian di mahkamah.
“Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami saya tak boleh cerita.

Apa yang sudah lepas itu biarlah berlalu.

 

“Cukuplah semuanya hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu,” ujarnya kepada mStar pada Khamis.

Ahli perniagaan itu mengulas berkaitan status di Instastory miliknya bahawa dia dan Abu sudah membawa haluan masing-masing.

Dalam pada itu, Hana berkata, keputusan untuk bercer4i itu dibuat selepas berbincang secara baik.

Perkahwinan Abu dan Hana mendapat perhatian masyarakat apabila did4kwa berlaku cvrang dengan isterinya Ain Afini Latif ketika wanita itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Abu atau nama sebenarnya Mohd Sufyan Mokhtar Rozaidi kemudian mendedahkan sudah berkahwin dengan Hana di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti did4kwa netizen.

Perkahwinan Abu dan isteri pertama, Ain berakhir selepas kedua-duanya bersetuju untuk bercer4i pada 16 Mei tahun lalu.

 

Sumber : mstar

Previous articleSetelah Berduka Ada Sedikit Gembira , “Syukur Padamu Ya Allah” – Ali Puteh Sebak Isteri Disahkan Hamil
Next articlePernah Tika Nk Buat Live PUBG, Abam Siap Mesej ‘Eh Aku Nk Dtg Nak Join’. Pdahal Benda Tu Tak Brbayar Pun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here