Home Petua Tips Hargai Staff & Kongsi Rezeki, Muabellaz Taja Semua Pekerja Menunaikan Umrah –...

Hargai Staff & Kongsi Rezeki, Muabellaz Taja Semua Pekerja Menunaikan Umrah – “Jasa Keringat Mereka Tak Terkira..”

71
0

Jurusolek popular MUA Bellaz bermurah hati menaja semua pekerjanya berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah.

Selain semua pekerjanya, pemergian Bellaz ke tanah suci turut disertai oleh suami dan dua orang anaknya.

Menurut Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadini, dia sudah lama berhajat untuk membawa pekerjanya menunaikan umrah dan bersyukur apabila impian tersebut tercapai.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, tahun ni berpelung memunaikan lagi jejak tanah suci Makkah.


Syukur Bellaz datang snegan suami dan anak-anak. “Lepas tu memandangkan datang sini, saya dan suami memang niat dalam hati nak bawa semua team Bellaz Beauty HQ ke sini.

Impian saya dan suami alhamdulillah tercapai. “Semua pakat tak percaya depa jejak kasi sini. Jasa pengorbanan mereka, keringat depa tak terkira bekerja dengan syarikat Bellaz.

Alhamdulillah itu adalah rezeki orang sekeliling,” tulis Bellaz di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan Bellaz dalam berkongsi rezeki kejayaan dan membawa semua pekerjanya menunaikan umrah.

Komen Netizen:

Dalam pada itu, Bellaz sempat memuat naik foto-foto sewaktu urusan pendaftaran masuk menaiki penerbangan serta keluarganya yang duduk di kelas perniagaan.

Tidak terkecuali ramai yang menitipkan doa untuk dibacakan olehnya di hadapan Kaabah. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 80,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous articleTerkejvt Dapat Tahu Ini Rupanya Hantaran Datuk K Kepada Tokti Ketika Kahwin Dulu!
Next article“Macam Terowong Genting..”- Zizan Angkat Bakul Sendiri Dekat ‘Live’, AC Mizal Bg Ser4ngan Sentap Depan Muka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here