“Hati Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak” Mahadi Mula Buka Cerita Kisah Dgn Ibu Bapa Heliza

DIDUGA dengan berita lamaran ditolak cukup membuatkan usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman kecewa dan patah hati kerana hasrat memperisterikan Heliza Helmi mungkin tidak kesampaian.

Ujar Mahadi, 38, ketika pertemuannya dengan ibu bapa Heliza di sebuah restoran, dia dimaklumkan bahawa penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu tidak bersetuju untuk berkahwin.

“Saya bukan nak main-mainkan dia, saya nak halalkan hubungan, jadi saya beranikan diri lamar dia.

“Apabila saya approach, dia tak bagi keputusan secara on the spot. Beberapa hari selepas itu ibu bapa dia datang jumpa.

“Mereka kata Heliza tak setuju. Waktu tu saya macam… oh yer ke? Orang dah tak nak, takkan saya nak terhegeh-hegeh,” katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang kisah lamaran ditolak berkenaan, Mahadi yang juga usahawan dalam bidang kewangan itu berkata dia tidak menyangka rupa-rupanya ia hanya ‘prank’.

Ibu Ayah Heliza Helmi

Heliza sangat menjaga (pergaulan), kami tak pernah keluar dating.

“Tapi sebenarnya itu adalah prank semata-mata sebab nak tengok saya punya reaction macam mana.

“Mereka nak tengok saya ni ikhlas atau main-main. Masa tu saya sedih juga, tergamam. Tapi nasib baik hanya main-main dan Heliza sebenarnya memang nak (kahwin). Alhamdulillah,” katanya.

Heliza dan Mahadi selamat dinikahkan pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan ini dinikahkan pada 1 Januari lalu.

Sementara itu Mahadi berkata dia dan Heliza tidak seperti pasangan lain yang melalui fasa bercinta sebelum kahwin.

Malah menurutnya dia tidak pernah keluar berdua bersama Heliza sebelum mereka sah bergelar suami isteri.

“Kawan saya juga ada bertanya macam mana saya keluar dengan dia berdua dalam kereta.

“Jawapannya not even in my dream sebab memang kami tak pernah keluar berdua naik satu kereta… memang tak sebab dia sangat menjaga (pergaulan), kami tak pernah keluar dating,” katanya.

“Wallahi, Saya & Heliza Tak Pernah Bercinta Sebelum Kahwin”

Pasti ramai tertanya-tanya mengenai perkenalan mereka apatah lagi kedua-dua mereka tidak pernah berkongsikan tentang hal peribadi sehinggalah sah bergelar suami isteri pada 1 Januari lalu.

Dalam satu temubual eksklusif bersama mStar, Mahadi berkongsikan bagaimana mereka saling mengenali dan menyuarakan hasrat untuk mengahwini penyanyi itu.

“Sejujurnya memang saya dan dia tak pernah bercinta sebelum kahwin. Asalnya saya nak bagi bantuan banjir dan bantuan apa yang diperlukan.

“Saya dapat tahu Heliza ni dengan MAPIM. Saya tak kenal siapa tu Heliza, artis ke AF ke tak pernah tengok AF. So approach, memang kami boleh ambil bantuan.

“On behalf MAPIM, dia hantar Heliza dan adik dia, Hazwani. Lepas tu saya pergi Umrah, waktu pergi tu, saya minta doa jodoh depan Kaabah, umur pun dah lanjut, tak dapat jodoh lagi.

“Heliza ni, siapa-siapa pergi Umrah dia akan minta doa. Kebetulan saya pergi umrah, dia pun hantar mesej panjang. Doa dalam tu. Salah satu doa, doa untuk jodoh,” katanya.

Menurut Mahadi, Heliza seorang yang sangat menjaga batas dan memintanya untuk terus berjumpa dengan kedua ibu bapanya jika berhasrat untuk menjadikannya sebagai isteri.

“Heliza sememangnya sangat menjaga, dia cantas, cakap apa-apa jumpa wali. Kita serius, dan jumpa wali. Heliza ni memang dream girl, bila kita tahu dia suka bagi bantuan, terlibat dalam misi kemansiaan, jaga keluarga.

“Nak dijadikan cerita, dia single dan tiada orang approach dan apabila saya approach, dia terima. Alhamdulillah,” katanya.

Jelas Mahadi lagi, dia dan Heliza tidak pernah langsung bercinta. Katanya lagi, pada hari mereka diijabkabulkan keduanya juga seakan tidak percaya mereka bakal bergelar suami isteri.

“Sejujurnya memang saya dan dia tak pernah bercinta sebelum kahwin. Sampai 1.1 saya dan dia pun tak percaya betul ke ni, memang tak percaya,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.applehijau.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*