Home Petua Tips Ibu buntu tak dapat keluar bekerja cari wang besarkan anak hid4p sindr0m...

Ibu buntu tak dapat keluar bekerja cari wang besarkan anak hid4p sindr0m GDD, gaji suami hanya RM1,500

116
0

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tiada kata dapat diungkap bagi menggambarkan situasi kanak-kanak ini, Fayyad, yang mempunyai sindr0m GDD (Global Development Delay) sejak kecil lagi.

Menurut ibunya, Azura Balqis, anaknya sudah menderita menghid4p peny4kit ini sudah lebih tujuh tahun, bersamaan dengan usianya kini.

Bercerita lanjut, wanita senang disapa Zura ini menceritakan bagaimana kehidupannya sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak istimewanya.

“Fayyad dilahirkan pada 24 Oktober 2015 secara pembedahan caesar disebabkan dia lemas. Tapi masa tu saya tak tahu lagi pasal penyakit dia. Masa usianya lapan bulan, saya buat temujanji dengan doktor klinik kesihatan.

“Melalui pemeriksaan doktor, dia beritahu perkembangan anak saya tak macam budak lain. Dia tak boleh duduk, berinteraksi dengan mata dan tak boleh sebut perkataan pun. Jadi doktor cuba refer dekat Hospital Seberang Jaya untuk ujian imbasan MRI (magnetic resonance imaging).

“Bila dapat keputusan, doktor sahkan anak saya ada lebihan cecair dalam kepala yang menyebabkan dia ada peny4kit lemb4m. Jadi doktor cadangkan buat kad 0KU (orang kurang upaya) untuk masalah Fayyad,” kata Zura.

Bercerita lanjut mengenai penyakit anaknya ini, Zura turut menyatakan kanak-kanak itu masih tidak boleh bercakap sehingga kini malah hanya mengesot sahaja untuk ‘membawa’ dirinya ke mana-mana ruang di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Perbelanjaan Fayyad seorang saja sudah sekitar RM450 menurut ibunya.

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, dia ada melakukan beberapa sesi fisioterapi di Hospital Seberang Jaya namun setelah berpindah ke Selangor mereka terpaksa menghentikan sesi raw4tan akib4t PKP pada 2019.

Jelasnya, sehingga kini, dia dan suaminya masih menguruskan Fayyad sepenuhnya setiap hari tanpa bantuan tambahan daripada orang lain.

“Makin lama makin sukar nak uruskan terutama untuk mandi dan cuci najis Fayyad. Sekarang pun berat dia dah cecah 22 kilogram. Kalau dalam rumah biasanya dia akan mengesot saja tapi kalau keluar beli barang kami terpaksa dukung letak dalam kereta.

“Kalau nak minta makanan atau susu, Fayyad hanya akan menjerit dan menangis saja sebab tak boleh bercakap. Dulu lagi tervk bila dia nak sesuatu tapi tak dapat, dia hentuk kepala dekat lantai. Luluh hati seorang ibu tengok keadaan dia tapi nak marah pun dia tak akan faham.

Saya terpaksa duduk rumah jaga Fayyad sebab tak ada siapa pun mampu dan sanggup nak jaga anak istimewa ni.

ZURA

“Saya baru hantar borang permohonan zakat untuk bantuan pampers dan susu sebab perbelanjaan Fayyad seorang saja sudah sekitar RM450. Fayyad pula sudah besar jadi memang kerap tukar pampers sebab kenc1ng banyak dan cepat penuh,” katanya.

Jelas Zura yang merupakan suri rumah sepenuh masa, dia tidak dapat keluar mencari rezeki kerana terpaksa menguruskan Fayyad.

Tambahnya, mereka terpaksa bergantung harap dengan gaji suaminya yang bekerja sebagai pekerja am di pasar borong Kuala Lumpur berjumlah RM1,500 sebulan ini.

“Saya terpaksa duduk rumah jaga Fayyad sebab tak ada siapa pun mampu dan sanggup nak jaga anak istimewa ni. Jadi sayalah kena uruskan Fayyad sepenuhnya sampailah bersuap makan.

Fayyad hanya akan menjerit dan menangis saja sebab tak boleh bercakap.

“Kami sekeluarga pula menyewa rumah di Selayang dengan kadar sewa RM780 sebulan. Kalau nak diikutkan memang tak mapu dan perlukan rumah yang lebih murah.

“Mujur dalam empat adik beradik tu, cuma anak nombor dua ni saja yang macam ni. Tapi saya tetap kuat dan sabar bila anggap ni ujian Allah kepada saya. Tapi apa-apapun saya nak pesan pada orang yang ada anak istimewa ni banyakkan bersabar. Allah tak uji kalau kita tak mampu sebab Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya,” ujar Zura.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Isteri Belum Hamil, Baju Yang Besar” – Remy Ishak Jawab D4kwaan Netizen Nampak Baby Bump
Next article“Hahaha president TikTok”- Netizen terhibur Aeril Zafrel ‘terpaku’ lihat isteri jadi Snow White

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here