Home Petua Tips Ibu gen1t 3 anak ‘bahagia’ kongsi baju dengan adik ipar darjah 6,...

Ibu gen1t 3 anak ‘bahagia’ kongsi baju dengan adik ipar darjah 6, menjelang raya suami gembira ‘jimat duitku’

129
0

MEMILIKI tvbuh genit atau mempunyai saiz fizikal yang kecil sememangnya kelihatan comel.

Individu yang memiliki tvbuh kecil juga boleh membuatkan mereka kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar malah ada juga yang salah anggap mereka sebagai pelajar sekolah.

Baru-baru ini, seorang wanita berusia 33 tahun ini mendapat perhatian di media sosial selepas video menunjukkan dirinya memakai baju kurung untuk kanak-kanak berusia sembilan hingga ke 10 tahun ini menjadi tular.

“Jimat duit suamiku,” tulisnya pada video berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, dia hanya ingin dikenali sebagai Shela mengulas mengenai fizikal dirinya sehingga dikatakan dapat berjimat sehingga RM200 ringgit untuk membeli baju raya baru-baru ini.

“Sampai sekarang saya masih pakai baju saiz budak sebab sesetengah jenama pakaian tu potongan baju bagi dewasa terlalu besar. Tapi kadang-kadang ada sesetengah jenama design baju untuk kanak-kanak lebih cantik dan comel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sejak dah kahwin ni lagilah saya kena pandai berjimat cermat. Setiap kali hari raya, kami memang satu keluarga akan pakai baju sedondon. Saya akan ambil saiz kanak-kanak perempuan yang muat untuk saya. Selain memang padan dekat badan, saya boleh jimat duit.

“Setiap kali saya saya nak shopping baju, bila saya ambil baju saiz budak, pekerja kedai tu mesti tegur beritahu yang baju tu untuk kanak-kanak. Adakalanya, kalau sesetengah tempat saya akan minta saiz dewasa XS (extra small) tapi kalau memang habis, saya minta saiz kanak-kanak,” jelas Shela.

Menurut wanita yang menetap di Shah Alam, Selangor ini, berat badannya terkini adalah 44kg (kilogram) dengan ketinggian 147cm (sentimeter).

Perkongsian Shela mengenai saiz baju kanak-kanak yang dipakai olehnya.

Jelas Shela yang sudah berumah tangga lebih lapan tahun ini, dia selalu berkongsi baju dengan adik iparnya yang berusia 13 tahun.

Tambahnya, disebabkan adik iparnya ini semakin membesar, banyak pakaian yang sudah tidak lagi boleh dipakai diberikan kepadanya.

“Sampai sekarang saya selalu share baju dengan adik ipar. Dari dia sekolah rendah darjah enam pun saya boleh pakai baju dia.

“Lagi best sekarang banyak baju dia yang dah tak muat dia beri pada saya. Baju-baju kemeja dan seluar jenama H&M pun banyak dia beri pada saya.

“Zaman sekarang dah terbalik. Budak-budak sekarang badan mereka lebih tinggi dan besar tak macam dulu. Sepatutnya kakak ipar yang bagi adik baju dah tak pakai,” selorohnya.

Suami Shela turut mengakui dapat jimat perbelanjaan kerana isterinya memakai baju bersaiz kecil.

Ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini yang masing-masing berusia tujuh tahun, enam tahun dan dua tahun, suaminya lebih senang hati dan tidak bermasalah dengan tindakan Shela memakai baju kanak-kanak.

Bukan pakai sahaja, menurut Shela yang merupakan anak ketiga daripada 10 adik beradik ini, perhiasan barang kemas seperti gelang dan cincin juga lebih jimat dek kerana saiz anggotanya yang kecil.

Menjengah ke ruangan komen pada video TikTok yang menjadi tular, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman mereka memiliki tvbuh kecil.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah warga maya meminta tip bagaimana Shela boleh mengekalkan bentuk b4dan ideal.

Wanita ini merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata.

“Suami cakap jimat duit dia bila kena beli baju baru. Baru ni saya beli baju jenama Pokoks. Saiz untuk baju dewasa berharga RM139 tapi kanak-kanak punya baju baru berharga RM89. Banyak duit tak membazir dekat situ.

“Ahli keluarga saya semua bertubuh besar dan ‘chubby’ tapi ayah saya kecil saja orangnya malah rendah lagi. Saya pula bukan jenis orang yang keluar bersenam tapi saya suka mengemas dan mengemop lantai rumah.

“Tip saya cuma sebelum tidur tu saya ada buat senaman ringan sikit. Kalau ada masa saya akan lompat bintang, squad dan exercise sikit-sikit. Kalau bab makan, saya elakkan makan nasi pada waktu malam dan elakkan minum ais dan manis,” jelas Shela menutupi kisahnya dengan tip dan petua diamalkannya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleGara-gara Tak Pakai Baju Melayu & Kurung Masa Raya Aidilfitri, The Family Uk Dilabel Murt4d
Next articleUniknya tradisi keluarga… pengantin reda berarak, bersanding atas lori pembinaan! Orang kampung tumpang gembira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here