Home Petua Tips Ibu tak sangka anak lahir pramatang cepat belajar! Ajar 3 kali, dah...

Ibu tak sangka anak lahir pramatang cepat belajar! Ajar 3 kali, dah pandai jahit beg untuk berniaga… semuanya demi PS4

92
0

MEMAHAMI kesusahan ibu dan bapa mendorong seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjana pendapatan sendiri.

Malah Wan Ahmad Ridhwan Wan Nabil Hazim juga dikatakan gemar berniaga sejak berumur enam tahun.

Bermula dengan menjual kek ais krim, dia kini menghasilkan beg tote dan bantal kecil.

Ketika dihubungi mStar, ibunya, Amirah Anharah Badrol Hisham berkata, seawal usia enam tahun, anak sulungnya itu akan membantu mempromosikan ayam goreng semasa dia dan suami membuka gerai jualan di mana-mana majlis.

Iwan mahir mengendalikan mesin jahit

“Pada masa itu dia belum ada produk sendiri yang mahu dijual. Kemudian, dia menyuarakan hasrat untuk mempunyai ‘barang’ untuk dijual jadi saya cadangkan supaya berniaga kek ais krim.

“Mungkin sebab kurang mendapat sambutan dan harga murah, dia mahu menjahit pula. Jadi bermula Julai 2021 semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya ajarkan dia asas jahitan.

“Mula-mula saya ajar untuk suka-suka tapi tak sangka dia cepat belajar dan minat untuk menghasilkan dan menjualnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Iwan mahir mengendalikan mesin jahit.

“Dia buat bantal kecil dahulu dan apabila mahir untuk mengendalikan mesin jahit, dia mula membuat beg tote pula,” ujar ibu kepada dua cahaya mata.

Walaupun masih terkejut apabila anak yang mesra dipanggil Iwan itu menunjukkan minat dalam bidang jahitan, dia dan suami tetap memberi sokongan.

“Risau juga kalau orang mengata atau kec4m sebab ajar anak lelaki menjahit, tapi saya buat tidak kisah…. asalkan anak saya dapat belajar dan mencapai apa yang dihajatinya,” luahnya lagi.

Tambahnya, ia berikutan anaknya itu ingin mengumpul duit sendiri bagi membeli barang yang dihajati.

Iwan begitu menyayangi adiknya.

Iwan begitu menyayangi adiknya.

Bercerita mengenainya, wanita berusia 29 tahun yang mesra dipanggil Mira memberitahu, anaknya memahami keadaan kewangan keluarga.

“Menjahit tu dia sendiri yang minta kerana nak jual barang yang lebih mahal bagi membolehkan dia membeli alat permainan, PS4.

“Selalu kalau dia mahukan apa-apa dia akan minta… saya akan cakap pada dia ‘nanti kalau mama ada duit, mama belikan’.

“Mungkin disebabkan itu dia cakap nak kumpul duit sendiri dan bermula bulan Mac lalu dia menghasilkan beg dan jual untuk mendapatkan PS4.

Gambar kenangan ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Gambar kenangan ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Harga bagi setiap beg adalah RM20. Sekarang tak banyak lagi tempahan dan baru 11 beg yang berjaya dijual.

“Kebanyakan pembeli adalah ibu saudara dan nenek-nenek dia… saya bersyukur kerana mereka turut menyokong dan kagum melihat Iwan menjahit,” luahnya yang kini menetap di Senawang, Negeri Sembilan.

Disebabkan mahu anaknya meneruskan minat berniaga, Amirah menghadiahkan mesin jahit mini.

Saya ajar dia tiga kali sahaja untuk potong kain dan kendalikan mesin jahit. Selepas itu saya hanya pantau setiap gerakan dia.

AMIRAH ANHARAH

Dia juga tidak menyangka bahawa anak yang dilahirkan pramatang itu mudah dan cepat belajar.

“Saya ingatkan budak pramatang jenis ‘slow’, Alhamdulillah Ridhwan cepat belajar dan dia juga seorang yang bersemangat.

“Saya ajar dia tiga kali sahaja untuk potong kain dan kendalikan mesin jahit. Selepas itu saya hanya pantau setiap gerakan dia.

“Awal-awal tu memang jahitan dia tidak kemas… bengkang-bengkok tetapi sekarang dah makin baik,” katanya.

Sebahagian reaksi netizen yang mendoakan Iwan.

Sebahagian reaksi netizen yang mendoakan Iwan.

Pada masa ini, beg tote mahupun bantal kecil hanya dihasilkan atas permintaan.

Terdahulu, video yang dikongsikan di aplikasi TikTok mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya mendoakan supaya Ridhwan menjadi tukang jahit profesional seperti beberapa nama besar di Malaysia.

“Boleh jadi tukang jahit profesional nanti. Teruskan adik, semoga satu hari nanti adik berjaya ada bisnes dan butik sendiri.

“Semoga besar nanti ada bisnes yang maju adik. Tak ramai budak-budak yang minat macam ni, semua gadjet.

“Besar nanti dah boleh jadi macam Dato Rizalman.

“Kalau minat dia sampai ke besar boleh jadi designer,” ujar beberapa netizen.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleHampir 27 Tahun Dlm Bidang Lakonan, Rupanya Ini Isteri Cantik Arash Mohamad Yg Ramai Tak Tahu
Next articleRespon Adik Ini Bila Dapat Tahu ‘Office’ Ayah Ada Staf Perempuan Lawa Bikin Netizen Terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here