Home Petua Tips “Saya Tak Tahu nak Mula Dimana Dan Berat Utk Saya Luahkan” Selepas...

“Saya Tak Tahu nak Mula Dimana Dan Berat Utk Saya Luahkan” Selepas 4 Hari Berlalu Ibu Arwh Ashraf Sinclair meluahkan Sesuatu

232
0

SELEPAS empat hari pemergian pelakon Ashraf Sinclair, ibunya iaitu Khadijah Abdul Rahman berkongsi luahan perasaannya di Instagram pada Jumaat.

Khadijah yang menggunakan akaun bernama Dida Sinclair memberitahu sukar buatnya untuk menggambarkan perasaan selepas kem4tian anak sulungnya itu pada Selasa.

Bagaimanapun, dia reda menerima takdir yang sudah tertulis dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan arw4h.

Khadijah meluahkan perasaannya di Instagram.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan! Kata-kata sangat berat dan sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang!

“Tapi saya perlu sampaikan bagi pihak anak saya, Ashraf, terima kasih kepada semua orang di seluruh dunia yang berkongsi kesedihan kami dan merasakan kesakitan dengan kami pada pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

“Allah SWT mempunyai perancangan untuk arw4h dan kami rendah hati menerimanya walaupun ia sangat sukar tapi semoga hidupnya menjadi yang terbaik selama 40 tahun hidup di bumi,” katanya.

 

Kata-kata sangat berat dan sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang

KHADIJAH ABDUL RAHMAN
IBU ASHRAF SINCLAIR

Khadijah berkongsi luahannya itu di ruang komen foto terbaharunya di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lebih lanjut gagal selepas ibu Allahy4rham Ashraf tidak membalas mesej dan panggilan telefon.

Rata-rata netizen mengucapkan takzi4h, mendoakan arw4h dan berharap Khadijah sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu.

 

Foto kenangan arwah Ashraf bersama keluarganya.

Pada Selasa lalu, berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu Allahy4rham Ashraf menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari itu meningg4l dunia di Jakarta akibat ser4ngan j4ntung.
Ibu dan bapa Ashraf, Mohamad Anthony John Sinclair tiba di rumah duk4 di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan kira-kira pukul 1.03 petang waktu tempatan pada hari yang sama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Sumber : mstar

Previous article“Hari Jumaat dicem4ri dengan mak1an, doa bvruk buat keluarga dan isteri arwh” – PU Amin minta Aliff Syukri padam video kntroversi
Next articleSebenarnya Ada Cerita Kisah Ibu Zahirah Berkenan Pertama Kali Tengok Aiman “Allah Makbulkan Kata Kata Saya” – Ibu Zahirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here