Home Petua Tips Indahnya hidup jadi orang paling kaya di Afrika, budak 10 tahun dapat...

Indahnya hidup jadi orang paling kaya di Afrika, budak 10 tahun dapat hadiah Lamborghini

54
0

DIBERI gelaran kanak-kanak paling kaya di Afrika, Muhammed Awal Mustapha menerima sebuah kereta mewah Lamborghini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, Rabu lalu.

Dia yang popular dengan nama Mompha Junior merupakan anak kepada jutawan Ismailia Mustapha.

Lamborghini Aventador berwarna kuning itu dianggarkan bernilai £300,000 (RM1.6 juta)

Kisah pemberian hadiah mewah itu mencvri perhatian ramai selepas bapanya memuat naik foto menerusi Instagram.

“Ada anak lelaki seperti kami menjadi sebab kenapa saya teruja untuk teruskan hidup, senyuman kamu merupakan kegembiraan kami.

“Selamat hari lahir anakku, Muhammaed Awal kini berusia 10 tahun,” tulis bapanya kepada 1.2 juta pengikut.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat kanak-kanak lelaki bertuah itu.

Bapanya yang dikenali sebagai Mompha Senior merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mompha Burea De Change, di kepulauan Lagos.

Ahli perniagaan itu sebelum ini kerap berkongsi paparan kehidupan mewahnya menerusi Instagram.

Keluarga itu turut memiliki kereta mewah, jet peribadi dan rumah agam di beberapa negara termasuklah Dubai dan Nigeria. – Daily Star.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Soyi semua oyang…,” – [VIDEO] Gelagat comel Jebat Jayden minta maaf buat ramai ger4m
Next article“Tak Boleh Bangun, Tak Boleh Susu…,” – Sakit Kepala Tervk, Syatilla Melvin Kembali Masuk Hospital Lepas 4 Hari Bersalin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here