Home Petua Tips ‘Berkahwin di Selatan Thailand?’ Ini Respon Janna Nick

‘Berkahwin di Selatan Thailand?’ Ini Respon Janna Nick

302
0

PELAKON Janna Nick menafikan dakwaan kononnya dia dan kekasih Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada Jun tahun lalu.

Menurut Janna, tiada alasan untuk mereka mengadakan pernikahan sehingga ke negara berkenaan kerana masing-masing masih bujang dan mempunyai keluarga di Malaysia.

“Dalam sesebuah perhubungan pastinya perancangan kahwin tu ada tapi tak ada la sampai nak kahwin lari… saya bukan bercinta dengan suami orang.

“Kalau betul kami dah nak berkahwin pasti saya akan umumkan tarikh… tapi itu semua sekiranya segala persiapan awal telah dibuat.

“Tapi dalam keadaan sekarang ni, segalanya tergendala…. jangankan kenduri kahwin, rumah terbuka pun belum tentu boleh buat, ” katanya kepada mStar.

 

 

Pengguna Twitter sebarkan maklumat mengenai pelakon Janna Nick dan kekasih yang dikatakan kahwin lari.

Pada malam Khamis, laman Twitter kecoh apabila seorang netizen mendedahkan pengacara program Melodi ini sudah berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon Dini Azan Schatzmann.

Menerusi posting berkenan, pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan di Satul yang terletak di selatan Thailand.

Individu yang menggunakan akaun munafiqburner itu memuat naik keratan yang mengandungi kenyataan tentang pernikahan tersebut.

Menerusi muat naik itu turut terpapar maklumat peribadi iaitu nama penuh dan nombor kad pengenalan Janna dan Dini.

Sementara itu, Janna Nick menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita p4lsu tersebut.

 

Janna akui ada perancangan mendirikan rumah tangga dengan kekasih.

Lebih-lebih lagi apabila maklumat mengenai dirinya pada dokumen tersebut turut terpapar kepada umum.

“Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang melakukan kesalahan penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi.

“Keslahan yang dilakukan individu itu mungkin boleh menyebabkan mereka didenda RM300,000.

“Apa-apa pun selamat berpuasa dan bulan baik ni kita sama-sama doakan semoga Malaysia bebas C0vid-19 dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” ujarnya.

Pelakon drama Leftenan Zana ini mula serius menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu berdarah kacukan itu pada November tahun lalu.

 

Sumber : Mstar

Previous article“Tak boleh beraya di kampung” – PKP dilanjutkan hingga 12 Mei, tapi ada juga berita baik PM umumkan
Next articleJadi ‘runner’ McD, sepupu Eira Syazira ‘pergi selamanya’ ketika hantar pesanan pelanggan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here