Home Petua Tips Selepas Mukhriz mengadap Sultan Kedah, Ini yg bakal berlaku Ahad Ini

Selepas Mukhriz mengadap Sultan Kedah, Ini yg bakal berlaku Ahad Ini

279
0

Rakyat Kedah berkemungkinan besar akan mendapat kerajaan dan menteri besar baru Ahad ini.

Ketua Pemb4ngkang Muhammad Sanusi Md Nor juga dijangka dilantik sebagai menteri besar menggantikan Mukhriz Mahathir.

Menurut sumber, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berpuas hati PN memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan baru menggantikan pentadbiran Mukhriz.

Sultan hari ini menerima mengadap semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Istana dijangka mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu hari ini.

Mukhriz hadir kira-kira jam 4 petang. Pertemuannya dengan baginda berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

PAS Kedah sebelum ini mendakwa memperoleh 23 sokongan untuk membentuk kerajaan baru.

Perg0lakan di Kedah berlaku susulan pertembungan di peringkat pusat apabila Mukhriz, seperti Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad yang juga bapanya, menolak kerjasama dengan PN

Sebelum ini Walaupun 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menganggap beliau masih Menteri Besar Kedah yang sah.

Memetik laporan Sinar Harian, Mukhriz berkata, pengumuman yang dibuat pembangkang dalam sidang media kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Harapan (PH) tvmbang adalah tidak relevan kerana tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sinar Harian

Previous article‘Tak Sempat Dah Mukhriz’ 19 ADUN menghadap Sultan Kedah pagi ini
Next article‘Luluh Hati Kami..’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here