Jadi bualan h4ngat gara-gara rumah ‘rentas negeri’… percaya atau tidak, wanita ini diminta tunjuk bukti geran tanah!

WANITA ini pernah menggemparkan media sosial tahun ini gara-gara tindakannya ‘merentas negeri’ tanpa sekatan jalan raya.

Kisahnya menjadi tular dan dilaporkan mStar yang mended4hkan dia sebenarnya menunjukkan rumah ibu bapanya yang terletak betul-betul di sempadan Selangor-Kuala Lumpur.

Kekecohan itu menjadikan dirinya hangat diperkatakan netizen susulan video yang tular sehingga artikel mStar yang menebualnya menjadi antara yang paling viral sepanjang 2021.

Justeru, mStar menjejaki wanita berusia 50 tahun itu, Shahrina Intan Sharum sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Shahrina berkata, ramai dengan kebanyakkannya dari Facebook mula mengenali dirinya sejak videonya menunjukkan rumah ibunya tular dan mendapat perhatian mStar.

“Ada saudara-mara yang dari jauh datang untuk bergambar. Malah ada juga rakan yang sudah lama tidak berjumpa, kami berhubung semula.

“Mereka kata ‘Selalu juga lalu di Jalan Gombak dan setiap kali terlihat rumah itu tertanya-tanya siapalah punya’… rupa-rupanya rumah keluarga saya,” katanya ketika dihubungi.

rumah rentas negeri 2

Tangkap layar video Sharina menunjukkan ruang tamu di Kuala Lumpur, manakala dapur di Selangor.

Mengimbas kembali, rumah banglo tiga tingkat itu yang didiami ibu bapanya dianggap unik kerana dapur terletak di Kuala Lumpur, sebelum berjalan beberapa langkah ke ruang tamu di Selangor.

Lebih dikenali sebagai Kak Intan, pelbagai komen positif dan negatif diterimanya sambil menambah hanya penduduk di Gombak memahami situasi mereka.

rumah rentas negeri 5

Ruang tamu di Selangor.

“Ada juga komen negatif yang saya terima. Mereka mengatakan saya berbohong, nak saya tunjukkan bukti. Malah ada juga yang mahu lihat geran tanah rumah keluarga.

“Bagi saya, tak perlu nak bukti sampai macam tu, terpulang pada individu untuk mempercayainya. Nak percaya, percayalah… tak percaya… scroll saja,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

rumah rentas negeri 4

Shahrina (dua, kanan) bersama ibu bapa, suami serta anak-anak.

Berikutan sekatan rentas negeri sebelum ini, Shahrina yang menetap bersama suami dan dua anak di Tanjung Piandang di Kerian, Perak, hanya pulang ke kampung selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berakhir kerana urusan bisnes.

“Ini bermakna selepas dua kali Hari Raya (2020 dan 2021), saya tak balik ke KL (Kuala Lumpur). Semestinya saya berharap sangat dapat balik beraya di Gombak pada Hari Raya 2022.

“Saya sangat rindukan suasana memasak bersama mama (panggilan ibu) dan adik-beradik lain tetapi kemungkinan besar saya tidak dapat beraya di Gombak tahun depan.

Ada saudara-mara yang dari jauh datang untuk bergambar. Malah ada juga rakan yang sudah lama tidak berjumpa, kami berhubung semula

SHAHRINA INTAN SHARUM

“Ini kerana saya kembali aktif berniaga kerana sebelum ini saya terpaksa henti berniaga sepanjang PKP selama hampir dua tahun.

“Saya harus lebih produktif berniaga untuk kelangsungan membayar segala tunggakan,” katanya yang mengusahakan kiosk makanan di Parit Buntar, Perak selama hampir lima tahun.

rumah rentas negeri 3

Sharina mahu kembali aktif menjalankan perniagaan yang terjejas akibat PKP.

Menurut Shahrina yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu, tiada yang berbeza sejak kisah rumah keluarganya menjadi tular, namun mengakui keadaan bertambah meriah.

“Anak sulung saya belajar di UIAM (Universiti Islam Antarbangsa Malaysia) di Gombak dan kini tinggal di rumah keluarga, dan sepupunya yang masih kecil suka dia tinggal bersama.

“Saya pula tetap seperti biasa, cuma sekarang saya aktif berniaga kerana perlu selesaikan segala tunggakan akibat PKP,” katanya sambil menambah dia dan suami juga mengusahakan perniagaan barangan vintaj dan menjual rumah kayu lama.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*