Home Petua Tips Fizo Tak Tuntut Hak Penjagaan Anak Kekal“Saya Tidak Risau Maryam Di Bawah...

Fizo Tak Tuntut Hak Penjagaan Anak Kekal“Saya Tidak Risau Maryam Di Bawah Jagaan Mawar”

207
0

“Saya tidak risau Maryam di bawah jagaan Mawar”.Ini antara luahan Fizo tentang penjagaan anak mereka berdua iaitu Maryam”.

“Saya juga tahu keluarga Mawar menjaga Maryam dengan baik dan menyayanginya sepenuh hati”.

Walaupun hati seorang bapa amat sayang pada anak nya Maryam ini namun keputusan yang dibuat oleh Fizo amat baik
demi menjaga kebajikan Maryam terjaga sepanjang masa.

Kalau difikirkan tentang jodoh antara mereka ini tidak berkekalan, namun ia bukan halangan buat pelakon, Fizo Omar dan bekas isteri, Mawar Karim untuk mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Fizo Omar mahu memberikan tumpuan membesarkan Wan Maryam dgn kasih sayang biarpun berpisah dengan bekas isteri. – Foto IG Fizo Omar

Bagi Fizo, dia dan bekas isteri mahu memberikan tumpuan membesarkan Maryam daripada terus bersengketa.

“Hubungan saya dengan Mawar masih baik. Kini, kami lebih fokus membesarkan dan memberi kasih sayang kepada Maryam daripada perkara lain”.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah kebahagiaan Maryam. Apabila Maryam bahagia, saya turut bahagia,” katanya kepada BH Online

Fizo Omar mahu memberikan tumpuan membesarkan Wan Maryam dengan kasih sayang biarpun berpisah dengan bekas isteri.

Bagaimanapun, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berharap, bekas isteri dapat mengizinkannya bertemu Maryam, setiap minggu.

“Keputusan hak penjagaan anak masih belum keluar, tetapi saya tak akan menuntut hak penjagaan kekal kerana saya tahu, seorang anak lebih baik di bawah jagaan ibu.

“Sekarang ini, apa yang dilakukan atas budi bicara.

Saya dapat menjaga Maryam pada minggu kedua dan keempat, tetapi jauh di sudut hati, saya berharap Mawar dapat memberi pelepasan untuk saya bertemu Maryam sekali seminggu,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Pengantin 1 Malam untuk siaran slot Akasia di TV3.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia kini giat membantu mereka yang terjejas sumber kewangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjana pendapatan sampingan daripada dapur rumah masing-masing.

“Saya melakukan seminar secara percuma di Facebook (FB) Rezeki Dapur. Di situ, saya membimbing mereka menambah pendapatan hanya dari dapur tanpa keluar rumah.

“Saya ada sedikit ilmu dalam perniagaan, jadi ini adalah inisiatif untuk membantu mereka dengan memberikan nasihat dan tip yang berguna,” katanya.

Setakat ini, FB yang berkonsep kumpulan tertutup sudah disertai lebih 4,009 ahli sejak dibuka ketika tempoh PKP dilaksanakan.

Sumber : bharian

Previous articleTak nak cerita pasal politik, mahu fokus kebajikan rakyat – PM
Next article“Ini Adalah Yang Terakhir” – S. Pavithra

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here