Home Viral “Jangan macam ni” sekali Erra Fazira buat kenyataan perceraian Engku Emran

“Jangan macam ni” sekali Erra Fazira buat kenyataan perceraian Engku Emran

237
0

“Jangan macam ni” sekali Erra Fazira buat kenyataan perceraian Engku Emran

Kuala Lumpur : Pelakon jelita, Erra Fazira, 49, meluahkan rasa kecewa terhadap satu hantaran di Facebook yang mendakwa dia mengetahui sikap sebenar bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, susulan perceraiannya dengan Noor Nabila, semalam.

Erra berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan bekas suaminya itu selain menghormati privasi bapa kepada puteri tunggalnya, Engku Elysa.

Erra bersama anaknya Engku Elysa

“Jangan macam ini. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini. Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” katanya.

Malam tadi Erra berkongsi paparan skrin hantaran dipercayai di Facebook yang mendakwa Erra kononnya mendedahkan punca sebenar perceraian yang berlaku di antara Emran dan Noor Nabila.

Menurut Erra, dia memohon orang luar tidak memperlekehkan perjalanan hidup seseorang kerana tidak tahu nasib yang bakal menimpa di kemudian hari.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” katanya.

Semalam, Emran melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sebelum ini Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021

Nabila dan Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden

Sumber : hmetro

Previous article“Saya terima suami seadanya” Farhana kahwini lelaki OKU hilang penglihatan
Next article“Kau sepatutnya jauhkan diri dari bekas mertua”netizen perli Puteri Sarah buat ramai tersedu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here