Home Petua Tips Jay Iswazir Selamat Bertunang Bersama Azzahra, Mohon Dipermudah Hingga Ke Jenjang Pelamin

Jay Iswazir Selamat Bertunang Bersama Azzahra, Mohon Dipermudah Hingga Ke Jenjang Pelamin

100
0

Pelakon, Ahmad Iswazir Ismail atau lebih dikenali sebagai Jay Iswazir memanjat rasa syukur setelah selamat mengikat tali pertunangan bersama suri hati pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Ahad.

Menerusi hantaran terkini di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 39 tahun ini telah memuat naik beberapa keping foto momen majlis tersebut untuk dikongsikan bersama peminat.

Di samping itu, pelakon filem Prebet Sapu ini memberitahu majlis pertunangan itu telah berjalan dengan lancar. Dia turut mengharapkan perancangan langkah seterusnya untuk membina ikatan perkahwinan bersama Azzahra dipermudahkan kelak.

“Alhamdulillah segala dipermudahkan tadi.. moga dipermudahkan langkah seterusnya..Amin Officially your fiance

“Offiacial photographer @thelova.co Persalinan pertunangan from @batikpakrashid #azzahraahmadiswazir

#syukuralhamdulillah #bertunang #rasalain,” tulisnya berserta beberapa tanda palang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat dilihat telah menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous articlePernah Dih1na Miskin, Ini Kehidupan Khai Dan Rosma Selepas Keluar Akademi Fantasia
Next articlePelajar SPM Ziarah ‘Rumah Baru’ Cikgu Kesayangan Lepas Habis Paper Buat Netizen Seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here