Home Petua Tips ‘Mari Awal Dah Tapi Tak Boleh Solat Jumaat Juga’ Jemaah Kena Ada...

‘Mari Awal Dah Tapi Tak Boleh Solat Jumaat Juga’ Jemaah Kena Ada ‘Kad Jemputan’ Baru Lepas

220
0

RAMAI jemaah hadir mencuba nasib menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan tambahan 40 jemaah mulai hari ini.

Namun, tambahan 40 jemaah itu tertakluk pada terma iaitu individu yang membuat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau yang mendapat kad jemputan dibenarkan berbuat demikian.

Tinjauan mendapati jemaah mula tiba seawal jam 12 tengah hari bagaimanapun, kebanyakan diarahkan pulang selepas gagal menunjukkan kad jemputan.

Antara yang dilihat memasuki masjid itu adalah Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Hanya satu pintu masuk dan keluar saja dibuka untuk jemaah jemputan.

Sementara itu, terdapat segelintir yang tidak berpuas hati apabila anggota penguat kuasa JAIS bertugas tidak membenarkan mereka masuk bagaimanapun selepas dijelaskan, mereka faham dan segera beredar.

Jemaah dari Bukit Kuda Klang, Ahmad Zamri Mat Said, 49, berkata, dia teruja ke masjid hari ini selepas hampir tiga bulan tidak dapat menunaikan solat Jumaat.

“Hari ini saya datang awal sedikit daripada sebelum ini tetapi sebaik sampai, saya diberitahu bahawa hanya yang mendapat kad atau memohon dengan JAIS saja yang dibenarkan masuk.

“Mungkin saya tidak peka dengan perkara berkenaan kerana terlalu teruja untuk solat pada hari ini. Saya akan membuat permohonan untuk solat pada minggu hadapan,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohd Zainie Faizal, 29, berkata, dia yang datang dari Seksyen 13 agak kecewa apabila tidak dibenarkan masuk ke masjid.

“Saya bersyukur apabila bilangan jemaah bertambah bagaimanapun, saya tidak peka dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan untuk solat Jumaat ini. Walaupun kecewa tapi saya akur dengan SOP berkenaan,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleJururawat Lesapkan Wang RM82,000 Milik Ifa Raziah Tapi Tak Sangka Ini Respon Ifa
Next articleTular Pekerja Barbershop Suspek Positif Covid-19,Ini Respon Terkini Ismail Sabri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here