Home Viral Kakak Neelofa iaitu Noor Nabila sah akan brcerai dengan Engku Emran,tak sangka...

Kakak Neelofa iaitu Noor Nabila sah akan brcerai dengan Engku Emran,tak sangka ini puncanya

283
0

Kakak Neelofa iaitu Noor Nabila sah akan brcerai dengan Engku Emran,tak sangka ini puncanya

Usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai.

Noor Nabila bakal bercerai dengan Engku Emran?
Memetik laporan Harian Metro, Nabila memaklumkan Engku Emran telah pun menyatakan hasratnya untuk bercerai selepas keluar dari rumahnya.

Lihat video

Pun begitu, Nabila meluahkan rasa syukur kerana mereka berdua telah berbincang secara baik sebelum membuat keputusan secara terburu-buru.
“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka,”katanya.

Dihari perkahwinan pada 19 Mac 2021 Jumaat Noor Nabila dan Engku Emran bersama anak mereka Engku Aleesya dan Jebat Jayden.

Tiada siapa nak kahwin untuk bercerai
Dalam pada itu, dia turut menyatakan segala yang berlaku dalam rumah tangga yang dibina sejak 2021 adalah percaturan jodoh yang telah ditetapkan.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata juga mengimpikan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia serta berpanjangan.
“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan.
“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga,”luahnya.

Tak mampu jadi pasangan saling berkorban, saling ada
Nabila bagaimanapun enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapinya, sebaliknya memaklumkan mengenai hal berkaitan selain menjadikan ia sebagai pengajaran buat diri sendiri.

“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” kata Nabila.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga pasangan ini telah retak dan hanya menanti belah sahaja.
Ia berikutan ada sumber mengatakan pasangan ini sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian.
Sumber : OMM

Previous article“Kalau nak reka kenapa kami rakam senyap senyap” sekali Caprice beri keterangan pada Polis
Next article“Kau jangan ambil hati aku la” reaksi Dato Yusof Haslam depan Sarah di SRL jadi perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here