Home Petua Tips “Kalau Boleh, Teringin Ada Momen Itu…,” – Minat & Kagumi Sejak Dulu,...

“Kalau Boleh, Teringin Ada Momen Itu…,” – Minat & Kagumi Sejak Dulu, Aina Abdul Pasang Impian Nak TokTi Datang Tengok Konsert

74
0

Penyanyi Aina Abdul tidak menafikan dia berhasrat agar penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi salah seorang tetamu yang hadir menyaksikan Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang bakal dilangsungkan pada 25 dan 26 Jun depan di Istana Budaya.

Kagumi figura terkenal itu sejak kecil lagi, menjadi impian besar Aina semoga penyanyi lagu Anta Permana itu dapat bersama-sama pada malam konsert berkenaan.

“Saya terlalu meminati beliau dan kita sudah ada ‘connection’ itu sejak program Big Stage baru-baru ini. Jadi saya nak meneruskan lagi perhubungan ini bersama Tok Ti.

“Kalau boleh, teringin ada momen itu bersama beliau di tempat (konsert) yang sama,” katanya.

Aina bagaimanapun menjelaskan selain Siti, dia juga ada mempelawa beberapa nama besar lain.

“Sudah tentu juga saya turut menjemput rakan artis lain untuk sama-sama menonton.

“Mereka antara yang saya kagumi sejak dulu, misalnya Anuar Zain, Ziana Zain dan Misha Omar InsyaAllah doa-doakan mereka akan datang,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Malah, ada beberapa lagi penyanyi lain yang turut dijemput pihak pengurusannya secara peribadi.

Sementara itu, Aina teruja apabila jualan tiket konsert berkenaan sudah pun terjual lebih 80 peratus.

Malah, Aina optimis seterusnya mengesyorkan peminat yang masih belum mendapatkan tiket untuk segera berbuat demikian atas kelainan yang bakal dilakukan pada dua malam itu nanti.

Menampilkan Mac Chew sebagai pengarah muzik dan dibantu oleh penerbit terkemuka, Jenny Chin untuk mengemudi ANWAA 2.0, Aina menjanjikan kelainan yang berbeza.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA2.0 dalam kuantiti yang banyak, boleh menghubungi ‘team’ Aina Abdul di media sosial untuk harga istimewa.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous articleKurusnya Sherry Alhadad, Dah Macam Janna Nick! – “Ni Mesti Nak Kahwin Kan?”
Next article“Macam Siti Nurhaliza Tahun 1997 Sangat” – Aafiyah Mewarisi Kecantikan TokTi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here