Home Petua Tips “Kalau malu macam mana nak tanggung semua ni” – M4ngsa banjir buntu,...

“Kalau malu macam mana nak tanggung semua ni” – M4ngsa banjir buntu, barang berniaga turun temurun lesap sekelip mata

84
0

PULUHAN tahun menetap di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, kemusnahan yang ditinggalkan air bah kali ini benar-benar menguji bukan sahaja fizikal, malah m3ntal m4ngsa yang terlibat.

Masakan tidak, bukan hanya barangan di rumah, malah, peralatan yang saban tahun digunakan untuk mencari rezeki juga turut musnah akib4t banjir yang dikatakan berlaku disebabkan jumlah hujan yang luar biasa.

“Ayah sampai tahap tak boleh tengok keadaan rumah masa mula kami balik tengok rumah,” kongsi seorang pemuda, Muhamad Syazriel Nazif Muhamad Razaly, 20.

Mesra dipanggil Riel, pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan di City University Malaysia ini merendahkan diri untuk tampil memohon sumbangan orang ramai di media sosial baru-baru ini.

“Salam, saya tak pernah terdesak macam ni tapi kalau saya malu tak tahulah macam mana nak tanggung semua ini.

“Saya sekeluarga terlibat dalam bencana banjir dan saya ingin meminta bantuan derma seikhlas hati orang ramai,” tulisnya di laman Twitter.

Bercakap kepada mStar, Riel, berkata, pada hari kejadian, iaitu Sabtu (18 Disember) lalu, dia pada mulanya membantu memindahkan pakcik serta anj1ng jagaanya ke tempat selamat sebelum pulang semula ke rumah tiga tingkatnya.

“Dalam pukul 3 petang saya keluar rumah, masa tu air di paras lutut, dalam jam 4 atau 5 petang tu saya cari bantuan untuk transfer pakcik saya dan keluarga, serta anj1ng jagaannya ke pusat perlindungan haiwan berdekatan balai polis Taman Sri Muda.

“Selesai bantu pakcik, saya pulang ke rumah dalam pukul 7 malam, masa tu air di rumah tiga tingkat kami sudah mencapai paras dada, jadi saya dan keluarga terus lari ke rumah flat milik keluarga berdekatan SMK Taman Sri Muda.

“(Di sana) air naik laju bermula jam 7 malam sebab separuh dari tingkat 1 rumah flat tu dah pun ditengelami air, jadi kami sekeluarga memang tak boleh tidur dengan tenang sebab risau air naik sampai dalam rumah, bila saya bangun pun memang tingkat bawah habis ditenggelami air,” katanya.

Keadaan dalam ruma Riel.

Menurut Riel, dia dan 16 lagi anggota keluarganya termasuk, ibu, ayah, ibu tiri dan adik beradiknya terpaksa bermalam di flat tersebut selama dua malam. Menetap di Taman Sri Muda sejak lahir, Riel berkata, arw4h datuknya sekeluarga berpindah ke Taman Sri Muda pada awal 90an.

Katanya, ibu serta ayahnya merupakan antara individu yang paling terkesan akib4t tr4gedi yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 20 orang di Selangor sahaja.

Jelasnya, dua buah van, yang digunakan untuk berniaga di pasar malam, dua buah motosikal dan dua buah kereta mereka adalah antara aset yang gagal diselamatkan.

Antara kenderaan keluarga Riel yang tenggelam dek air banjir.

Selain itu barangan lain yang turut rosak termasuk peti ais, mesin kebab, dapur, kuali, pinggan mangkuk, bahan masakan (mentah, kering dan basah), peralatan memasak dan periuk nasi, dan kos kerugian dianggarkan sekitar RM100,000.

“Hati saya sudah tentu sayu sebab kita usaha dari dulu tapi sekelip mata semuanya lenyap dilanda badai, nak menangis pun air mata tak mampu keluar cuma Allah sahaja yang tahu perasaan kami sekeluarga sebab mata pencarian kami memang melalui perniagaan sejak dulu lagi.

“Ibu dan ayah paling sedih sebab ini semua usaha mereka untuk besarkan kami adik beradik, tapi Alhamdullilah semangat ayah mula pulih sedikit semi sedikit,” katanya yang berniaga kebab dan roti John di pasar malam Saujana Putra (Selasa dan Sabtu) dan Putra Heights (Rabu dan Khamis) selain menjual masakan panas dan burger depan rumah.

“Saya harap semua m4ngsa banjir kuatkan semangat dan tabahkan diri, semoga kita semua sama-sama dapat muhasabah dan kuatkan semangat untuk mula dari kosong semula,” luahnya.

Sebahagian barangan berniaga keluarga Riel yang rosak terkena air banjir.

Mereka yang ingin membantu Riel dan keluarganya bolehlah menghubungi Riel sendiri di talian, 019-207 2095.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleTak R4mai Tahu, Fazley Bongk4rkan 2 R4hsia Di sebalik Konsert Siti Di London
Next article“Ada Yang DM Hantar Gambar Nasi B4si Sebab Tunggu Yang Sponsor Datang…” – Achey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here