Home Petua Tips Anwar Jumpa Muhyiddin Buat Kali Pertama Selepas Keraj4an PN Dibentuk

Anwar Jumpa Muhyiddin Buat Kali Pertama Selepas Keraj4an PN Dibentuk

251
0

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lepas.

Pertemuan selama 45 minit antara calon perdana menteri P4katan Har4pan dan bekas pemimpin kanan gabungan itu membincangkan mengenai langkah menangani wbak Cvid-19.

Dalam pertemuan di pejabat perdana menteri itu, Muhyiddin menjelaskan langkah-langkah yang diambil pentadbirannya, dan Anwar membangkitkan soal penyampaian maklumat “yang mesti telus” dan meningkatkan keupayaan ujian penyakit.

“Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi,” kata presiden PKR itu di Facebook.

Katanya lagi, Muhyiddin juga menyentuh cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah berkait Cvid-19.

“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam PH serta pemb4ngkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” katanya.

Terdahulu Anwar ada memberi komen tentang pakej rangsangan RM 250 Bilion untuk memerangi Cov 19 itu oleh kerajaan.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim gembira dengan pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19, tetapi mahu ia diperhalusi di Parlimen.

Beliau berkata, ini bagi memastikan tiada kerugian atau ketirisan dan dana untuk golongan memerlukan itu diuruskan “orang jujur” yang mempunyai rekod bersih.

Katanya, di negara maju, pakej rangsangan ekonomi dibentangkan di Parlimen supaya ia dipantau, termasuk membincangkan bagaimana dana itu akan diperolehi dan hutang dilangsaikan.

“Persoalannya adakah wang itu akan sampai (kepada rakyat yang memerlukannya)? Adakah pembaziran atau ketirisan atau rompakan kecil-kecilan akan berlaku?

“Dana itu tidak patut dikendalikan ahli pol1tik atau mereka yang mempunyai rekod bvruk,” kata bekas menteri kewangan itu dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.

Anwar memuji pakej rangsangan yang menyediakan peruntukan besar kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM1 bilion dan insentif lain untuk petugas barisan depan seperti petugas kesihatan dan pasukan keselamatan.

Beliau berkata, ramai yang kecewa dengan secebis pakej rangsangan terdahulu yang disifatkannya dirangka secara tergesa-gesa dan tidak meliputi semua aspek.

Anwar berkata moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman juga dialu-alukan tetapi merasakan pembayaran kadar faedah tertangguh boleh dihapuskan.

“Bayangkan perniagaan yang mengalami kerugian. Selepas 6 bulan, mereka perlu membayar tunggakan pinjaman dengan faedah tambahan. Bank Negara mesti melakukan sesuatu untuk menghapuskan faedah dalam tempoh ini.”

Petang tadi, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat bagi mengurangkan kesan Cvid-19 yang jumlahnya 10 kali ganda lebih banyak berbanding RM20 bilion yang disediakan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad bulan lalu.

FMT pada 27 Mac 2020

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : FreeMalaysiatoday

Previous articleSiapa Cikgu Aminah Ni “Berebut” Nak Bantu Saat Cikgu Sakit! Mesti Cikgu Aminah Ini Sangat Istimewa Di Hati Pelajarnya
Next articleTolong Gelandangan Tapi Bagi Menampung Hidup Masa PKP Puteri Balqis Dan Ibunya Jual Buku.”Seperti Biasa Saya Jual Buku Kecuali Zon Mer4h” Ibu Puteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here