Home Petua Tips “Kami Pernah Beraya Dalam Keadaan Ekonomi Saya Tak Berapa Baik, Dia Tak...

“Kami Pernah Beraya Dalam Keadaan Ekonomi Saya Tak Berapa Baik, Dia Tak Kisah,” – Menitis Air Mata Shuib Imbas Memori Raya Dengan Arw4h Siti Sarah

68
0

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mended4hkan hingga kini dia masih tidak dapat melupakan momen manisnya bersama arwah isteri, Allahy4rham Siti Sarah lebih-lebih lagi bila menjelang Syawal tidak lama lagi.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, meskipun pernah melalui fasa ekonomi turun naik sebelum ini, namun dia bersyukur kerana dikurniakan isteri yang setia di sisi.

 “Momen hari raya yang paling diingati bila bersama arw4h ketika saya mengalami fasa susah satu ketika dahulu. Saya pernah susah bersama-sama dengan dia. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tak berapa baik tetapi dia tak kisah.

“Pada ketika itu, saya tiada banyak duit. Nak beli baju, kuih raya dan beri duit raya pun kena kira-kira. Tapi dia tetap setia di sisi saat mengharungi fasa tersebut. Perkara ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya kepada MH.

Shuib ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada majlis sama, turut disampaikan Platinum Award untuk lagu Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan And The Typewriter.

Dia yang dilihat tidak dapat menahan sebak turut berkongsikan pengalaman pertamanya menyambut kedatangan bulan Ramadan selepas pemerg1an isteri tercinta.

“Ketika menyambut Ramadan pertama, kebanyakan ahli keluarga berbuka di rumah saya kerana mungkin mereka tahu saya tengah bersedih.

“Sewaktu kami nak berbuka, pada ketika nak menahan rasa sedih, kebetulan saya ternampak sepinggan nasi di meja sebelah kiri saya yang biasanya menjadi tempat Sarah. Saya bertanya kepada abang ipar ‘Ni nasi siapa?’ dan dia menjawab ‘tak tahu’.

“Kami sekeluarga terus terkedu dan berpandang sesama sendiri. Dah la nasi tu ada tapi kerusinya kosong. Saya merasakan seperti ‘kita’ sedang berbuka puasa sekali. Mungkin kami dah terbiasa dengan situasi sebegitu sebelum ini.

“Bila perkara ini terjadi, nak tak nak saya tetap kena lalui juga. Perasaan sedih tu mesti ada. Menangis pun dah biasa sangat. Tapi tak mengapalah, saya niatkan setiap titisan air mata ini, semoga Allah angkat sebagai penghapus dosa dia,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Shuib dan Sarah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.

Allahy4rham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit raw4tan Rapi (1CU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ak1bat c0v1d-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleMasih Gigih Belajar Walau Dah Sukses, Siti Nurhaliza Puji Dr Azizan Osman! – “Tiada Had Umur & Masa Menimba Ilmu”
Next article“Dapat beri 600 Tilam, 300 Sejadah, 300 Telekung,” – Achey Syukur Nikmat Allah Permudah Misi Bantu M4ngsa B4njir Terengganu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here