Seorang usahawanita kosmetik ternama, kini Dato Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV bakal jadi pemilik pasukan bola sepak? Menerusi perkongsian gambar dirinya di depan stadium Perak, ramai pengikut memberi komen setuju dan menyokong tindakannya itu. Jelas terpancar di dalam gambar itu, DSV dilihat sangat bersemangat untuk menjadi pemilik kelab Liga Super selepas ‘dirisik’ oleh Perak FC baru-baru ini.
Perkongsian gambar berkenaan dalam Instagram bersama kapsyen:
“Patutkah saya buat langkah baru? Apa komen sayang semua?.”
Beliau telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada ribuan penyokong Perak dan mereka menyatakan menerima kehadiran jutawan kosmetik itu dengan tangan terbuka. Bagaimanapun, ada satu komen mendapat perhatian ramai apabila pengikutnya itu membuat permintaan istimewa iaitu DSV tidak menukar jersi pasukan kepada warna Merah Jambu seperti yang dilakukan kepada Kelantan.
View this post on Instagram
Tambah DSV, pengalamannya sebelum ini menjadi penaja Utama Kelantan pada 2016 dan 2017 membuatkan dirinya lebih berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan secara mendadak. DSV kemudiannya menyatakan beliau sendiri telah pergi membuat lawatan dan tinjauan untuk memastikan keputusannya kali ini adalah yang terbaik dan membuahkan hasil.
Difahamkan sebelum ini beliau telah ‘dirisik’ oleh beberapa individu dalam Perak FC untuk mengambil alih pasukan itu yang kini berdepan masalah kewangan. Apa pun keputusan DSV, harapnya ia menguntungkan semua pihak. Mana tahu selepas ini DSV sendiri akan turun padang duduk bersama penyokong dan sediakan lagu sorakan khas buat Perak FC? Barulah lain daripada yang lain!
Sumber: Instagram DSV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.koolfm.com.my/