Home Petua Tips Tiada ada maaf bagimu kata Muhyiddin,Kenapa PM cakap macamtu

Tiada ada maaf bagimu kata Muhyiddin,Kenapa PM cakap macamtu

2225
0

KUALA LUMPUR – “Jika anda sertai polit1k untuk menjadi kaya atau membuat ‘duit’, ada banyak lagi kerjaya yang boleh dilakukan untuk tujuan itu.

“Dan, sekiranya anda antara anda yang tertangkap kerana kesalahan r4suah dan salah guna kuasa, kamu juga harus berdepan dengan tindakan serta hukum4n mengikut lunas undang-undang.

“Jangan cuba mencari ‘perlindungan’ dengan saya kerana bukan sahaja saya tidak akan layan kerenah kamu sebaliknya saya sendiri mengeluarkan arahan supaya kamu disiasat sebelum dikenakan apa-apa tindakan tegas.

“Saya minta maaf awal-awal di sini lagi, saya tidak akan bantu dan kompromi. Tidak ada maaf bagimu,” itulah antara ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pertemuan dengan timbalan-timbalan menteri selepas pelantikan mereka baru-baru in

Kata-kata Muhyiddin itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Beliau mengulas nasihat Perdana Menteri itu ketika mengulas perkembangan semasa berhubung aduan segelintir pemborong serta peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur dan terdapat unsur-unsur rasuah di dalamnya.

Edmund Santhara teringat kembali kata-kata Perdana Menteri mengenai tugas dan tanggungjawab selepas pelantikan itu amat penting.

“Saya sebenarnya teringat kata-kata Yang Berhormat Perdana Menteri kita. Saya akan cerita mengapa saya memberitahu perkara ini sedangkan soalan yang anda tanya ini sebenarnya isu lain. Sebenarnya ada kaitan.

“Sejak kami di Kementerian Wilayah Persekutuan, iaitu Menteri Tan Sri Annuar Musa dan saya selaku timbalannya mula ‘membersihkan’ kawasan pasar borong KL, hakikatnya kami juga menghadapi pelbagai cabaran.

“Ada segelintir pihak cuba bercakap, berunding dengan kami untuk membenarkan sahaja warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah ini terus bekerja kerana ketiadaan mereka membawa kepada kerugian besar.

“Ada juga mengaku dan mendakwa sudah kerugian sehingga mencecah sehingga RM8 juta setiap minggu.

“Wow, adakah dengan memiliki beberapa plot di pasar borong boleh memberi keuntungan sehingga berjuta-juta setiap minggu? Saya hendak tahu adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maklum tentang perkara ini?” soalnya.

Gaji RM100 sehari pekerja tak tahan selepas 3 jam

Sambung Edmund Santhara, sebenarnya ada pihak peniaga cuba menggunakan cara ‘halus’ dan taktik tertentu bagi ‘menghalalkan’ kumpulan warga asing itu bekerja berbanding mengambil rakyat tempatan.

“Walaupun tidak ada dokumen, walaupun ada risiko lain membenarkan kumpulan warga asing ini terus menetap bekerja tanpa pengenalan sah, walaupun lubuk rezeki yang sepatutnya menjadi milik rakyat tempatan dirampas.

“Tidak kisah juga andainya ibu kota kita terus dibanjiri jutaan warga asing tanpa tahu apakah latarbelakang mereka, janji yang ‘atas’ ini terus mengaut keuntungan juta-juta, adakah begitu?

“Pastinya, kami tidak akan sesekali tunduk mahupun kompromi. Kerana itu juga kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ini terus berlegar-legar dalam benak fikiran saya. Tidak akan sesekali (berlaku),” tegasnya

. Mereka menggunakan forklift dan mesin moden bagi mengangkut dan menolak barangan seperti kotak-kotak, di sini ianya masih lagi manual kerana adanya perkhidmatan ‘teksi manusia’ ini.

“Warga asing khasnya etnik Rohingnya ini tahan lasak, mampu angkat lebih dari 25 kilogram sekalipun manakala rakyat tempatan kemungkinan tidak mampu. Jadi, mengapa peniaga-peniaga enggan melabur beli peralatan canggih yang kosnya hanya ribu-ribu? Tidak fahamlah.

“Mengapa tidak melabur sekurang-kurangnya dalam RM10,000? Sentiasa kekalkan kebersihan dan isu-isu lain,” pertikai Ahli Parlimen Segamat itu.

Pasar Borong Selayang milik warga tempatan

Kata beliau lagi, masa sudah berubah dan kerajaan kini sebenarnya akan berperanan melakukan dengan ‘betul’ apa yang mungkin salah sebelum ini.

“Seperti kata-kata teach elephant to dance, itulah yang saya hendak katakan juga. Ini adalah kerajaan yang memberi garis panduan serta perubahan tepat dalam organisasi besar atau kecil mahupun korporat dalam apa jua perkhidmatan.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) perlu jalankan siasatan terhadap mana-mana pegawai dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), siasat siapa yang terlibat dalam memberikan kelulusan lesen, penguatkuasaan dan lain-lain berkaitan pasar borong ini.

“Banyak yang perlu diperbetulkan. Saya ambil serius tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya ini, rakyat sedang memerhati sebenarnya.
“Saya ada dengar-dengar, mungkin juga salah maklumat ini, mungkinlah ‘mitos’.

Saya dengar ada ‘pihak’ yang diberikan RM500 untuk setiap plot di pasar borong ini. Sebulan sudah berapa jika ada 400 plot? Banyak.

“Saya tidak nampak ada sebarang laporan polis mahupun siasatan SPRM berkaitan dengan isu ini, mungkinlah yang saya dengar itu sekadar ‘mitos’ sahaja biar rakyat yang putuskan,” ujarnya.

Edmund Santhara juga melontarkan pandangan supaya semua pegawai dan penguat kuasa tinggi DBKL supaya membuat deklarasi aset pada masa hadapan.

“Bagi ketua-ketua jabatan, biarlah deklarasi itu menjadi tatapan umum supaya kita dipandang tinggi oleh rakyat, menghormati kita dengan tugas yang digalas,” tegasnya.

Sumber : Malaysiagazette

Previous articleBukan RM144,000,Sugu Pavithra Dedah Pendapatan Sebenar Dari Youtube
Next article[Video] Update Kes Tend4ng Rider Wanita Food Panda; Repot Polis Ditarik Balik Kerana..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here