Home Petua Tips Akhirnya UPSI telah panggil Ebit Lew,Ini Kata Kata Ustaz Ebit Lew

Akhirnya UPSI telah panggil Ebit Lew,Ini Kata Kata Ustaz Ebit Lew

210
0

Kemelut di antara pendakwah bebas Ebit Lew dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mungkin akan terlerai selepas pertemuan bersama pihak pentadbiran universiti.

Ia selepas Ebit diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak pentadbiran universiti oleh Naib Cancelornya Prof Dr Shatar Sabran, semalam.

“Sedang diusahakan, dengan perbincangan,” katanya kepada Malaysiakini apabila ditanya mengenai perkembangan terbaru berhubung bantuannya itu.

“Insya-Allah saya akan ke sana nanti. Doakan,” katanya apabila diminta mengesahkan perbincangannya bersama pihak universiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun, Ebit enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai rancangan pertemuan tersebut.

“Nanti kalau OK, saya beritahu,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Ebit yang terkenal kerja-kerja kebajikan mengusahakan bas percuma kepada pelajar UPSI yang terpaksa pulang semula ke rumah masing-masing selepas pendaftaran masuk secara fizikal ke pusat pengajian itu ditangguhkan susulan penularan Covid-19.

Difahamkan bantuan yang dihulurkan itu tidak dibuat melalui pihak pentadbiran Upsi, sekali gus Ebit memohon maaf dan menyatakan kesilapan pihaknya.

Untuk rekod, Malaysiakini sebelum ini cuba mendapatkan penjelasan lanjut pihak Upsi khususnya dari Shatar tetapi tidak berhasil.

Sumber : Mykini

 

Previous article“Benda Kecik Macam Ni Pun Tak Boleh Setel Ke” Gara2 UPSI Tegur Ebit Lew Ada Netizen Ta Puas Hati
Next article“Bila sampai saya terus terjun” Lelaki Ini Sanggup Terjun Dalam Kawasan Tadahan Air, Cuba Selamatkan 2 Beradik Yang Lemas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here