Home Viral “Kau lambat aku dah kawin” bekas teman lelaki Intan Najuwa hadir di...

“Kau lambat aku dah kawin” bekas teman lelaki Intan Najuwa hadir di majlis kawin ,sekali ini terjadi

230
0

“Kau lambat aku dah kawin” bekas teman lelaki Intan Najuwa hadir di majlis kawin ,sekali ini terjadi

Pelakon Intan Najuwa mengakui sebak kerana akhirnya berjodohan dengan Datuk Ahmad Azraf Azman yang disifatkan sebagai lelaki tepat dan mampu menjaganya dengan baik selepas ini.

Namun semasa majlis perkahwinan berjalan rupanya ada seorang lelaki bernama Mustaqim datang dalam majlis tersebut membuatkan Intan jadi serba salah rupanya bekas teman lelaki? Lihat video ini

@user2411462921003 #intannajuwa #intannajwa #intanxazraf #fyp #masukfyp #fypage #foryou ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Apapun itu cuma lakonan mereka kerana mereka berdua pernah digandingkan dalam drama bertajuk Tak Sempurna Menyintaimu.

Kisah perkenalan

Pemilik nama penuh Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, itu berkata, semua kriteria dan dugaan yang dilalui bersama dalam sepanjang tempoh perkenalan itulah menyebabkan dirinya tidak dapat menahan sebak saat diijabkabul sebagai isteri Asraf.

“Perasaan sebak itu muncul secara semula jadi. Saya rasa akhirnya betul-betul bertemu dengan lelaki yang boleh menjaga saya.

“Macam-macam sebenarnya sudah saya lalui, jatuh bangun kehidupan sebelum ini tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah akhirnya semua ini berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, Intan memberitahu Asraf merupakan penyokong kuatnya dan tidak menghalang untuknya meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon selepas mendirikan rumah tangga.

“Kerjaya seni saya akan berjalan seperti biasa sahaja. Tiada perbezaan pun sebelum atau selepas kahwin.

“Asraf tak pernah halang kerjaya saya bahkan dia dia sangat menyokong dan memahami,” ujarnya yang masih belum mempunyai perancangan bukan madu susulan jadual kerja yang padat.

Kami tidak merancang mengenai cahaya mata. Kalau ada rezeki, kami terima dan sebaliknya.

“Kami okey bila-bila masa sahaja dan sudah bersedia,” jelas pelakon drama Kekasih Paksa Rela berkenaan.

Menceritakan detik perkenalan, hubungan Intan dan Asraf bermula hasil pertemuan bersama rakan-rakan kedua-dua pihak.

“Kebetulan kawan saya, kawan kepada Asraf. Masa mula-mula jumpa biasa sahaja, tak sangka boleh sangkut,” kata Intan.

Semalam, dengan sekali lafaz, aktres tersebut selamat bergelar isteri kepada Asraf iaitu seorang ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor.

Paling mencuri tumpuan ramai, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran sebanyak RM222,000 pada majlis pernikahannya.  KOSMO ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Ahli keluarga sepakat” isteri arwh pemandu grab akhirnya buat keputusan ini walau disaran pihak trtentu
Next article“Saya tak akan teragak agak jika” sekali Aziz M Osman buat tindakan ini slps bercerai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here