Home Petua Tips Pegawai positif Covid-19, Perdana Menteri kena kuarantin 14 hari

Pegawai positif Covid-19, Perdana Menteri kena kuarantin 14 hari

656
0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dibuat selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.

“Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif,” tulis kenyataan tesebut di laman web rasmi Pejabat Perdana

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Sumber : ohmymedia

Previous articleBermalam dikira langg4r SOP aktiviti ziarah pada Aidilfitri – Ismail Sabri
Next articleKakak Positif Covid-19, Azwan Ali Enggan Mengaku Bersaudara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here