Home Petua Tips “Kenalkan Putera Kedua Kami,” – Eyra & Haziq Kongsi Wajah Anak Lelaki,...

“Kenalkan Putera Kedua Kami,” – Eyra & Haziq Kongsi Wajah Anak Lelaki, Muhammad Endra Haqimie

87
0

Pelakon Eyra Hazali dan suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli sepakat namakan anak kedua mereka iaitu Muhammad Endra Haqimie.

Perkara tersebut dikongsikan Eyra menerusi satu hantaran terkininya di Instagram, yang disertakan dengan foto raya mereka sekeluarga.

“Bismillahirrahmanirrahim. MasyaAllah. Kenalkan putera kedua kami, Muhammad Endra Haqimie,” tulis Eyra ringkas sebagai kapsyen yang sekaligus turut berkongsi wajah penuh permata hatinya itu buat tatapan peminat.

Muhammad Endra Haqimie dilahirkan pada 29 April lalu kira-kira jam 6.18 petang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 1 November 2019 dan turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut menitipkan doa yang baik-baik buat mereka sekeluarga selain mendoakan agar kedua anaknya membesar sebagai anak soleh.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleKasih seorang ayah tiri, sayang macam anak kandung… air m4ta Syawal ibu terima hadiah hari jadi lukisan wajah arw4h
Next article“Kami Beraya Tanpa Kehadiran 2…” – 12 Tahun Achik Spin Pergi, Tajul Rindu Arw4h Abang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here