Home Petua Tips ‘Sepatutnya p0lis ucap terima kasih kepada saya’

‘Sepatutnya p0lis ucap terima kasih kepada saya’

166
0

SUNGAI BULOH – “Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya,” demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan jvdi dan penjualan rokok selvdup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.

Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.

“Ia bukan tohmahan, ini cerita betul. Sepatutnya p0lis menghubungi saya ucap terima kasih, hantar bunga kepada saya, sepatutnya begitu, sebab saya sudah bagi maklumat,” katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Malakat Tribune.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, dia sudah berusaha membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

“Bukan saya tidak pernah maklum kepada polis, saya pernah memaklumkan perkara itu di Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan.

“Malah apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjvdian di kawasan itu, saya dapati identiti saya b0cor kepada sindiket perjudian,” katanya.

Dakwa Mohd Asri, selepas memaklumkan tentang kegiatan perjudian, tiba-tiba seorang lelaki dipercayai ahli sindiket judi memanggil pekerjanya dan mempersoalkan tindakannya sebagai majikan memaklumkan tentang aktiviti premis perjudian.

“Tidak lama selepas kejadian itu, sindiket berkenaan kemudian membuka dua premis mesin judi di mana salah satunya terletak di sebelah kedai saya.

Mohd Asri turut menjelaskan mengenai masalah yang timbul dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan itu iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Bayangkan, masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya. Tapi itu saya tak kisah kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga.

“Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rokok seludup dan tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjudian. Adakah itu adil,” katanya.

Sumber : sinar

Previous article“Yang Awak Terasa Bila Saya Sebut..” Michael Ang ‘Sound’ Fikry Ibrahim,Apa Dah Jadi?
Next article“Kita Tidak Mahu Menyimbah Ap1..” Yusuf Azmi Tampil Bersuara Bila Asri Janggut Kata Polis Tak Solat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here