Home Petua Tips Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Ini Terkejut Johan Datang Hulur Bantuan –...

Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Ini Terkejut Johan Datang Hulur Bantuan – “Tu Sebab Rezeki Dia Murah”

72
0

Kerana tindakannya memberhentikan kenderaan bagi meninjau sebuah keluarga yang berada di dalam kesusahan, niat murni pelawak dan penyampai radio Johan mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Nor Aqmar Kaseh di laman sosial Facebook, dia dan keluarganya berdepan situasi di mana kenderaan yang merena naiki rosak di tepi jalan.

Menurut Aqmar, dia tidak menyangka sebuah kereta berwarna putih berhenti berhampiran mereka dan pemandunya, Johan tampil bagi bertanyakan khabar dan menghulurkan bantuan.

“Balik dari Chow Kit kereta breakdown tepi jalan.Tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada en suami kenapa? En suami terceng4ng sekejap.

“Tak sangka yang bertanya tu Johan Raja Lawak. Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke. En Suami yang masih terkejut menjawab tak ada apa-apa,” tulis wanita terbabit.

Dalam pada itu, Aqmar turut memberitahu Johan sempat menghulurkan duit raya bagi anak-anak yang berada di dalam kereta.

“Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru kedalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman.


“Aku yang dalam kereta tambah terkejut la lihat dia tiba-tiba depan mata. Betul orang kata, dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah,” ujar Aqmar lagi

Menerusi perkongsian yang sama, Aqmar sempat berkongsi beberapa keping foro yang sempat dirakamkan sewaktu kejadian terbabit.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian buat suami kepada Ozlynn Wati itu yang terkenal dengan sikap suka membantu dan pemurah.

“Laki bini yang sangat baik dan humble,” ujar seorang wargamaya. “Kalau aku, aku gelak dulu kalau nampak dia walaupun dia tak cakap pape lagi,” usik seorang wargamaya.

“Johan pernah rasa susah, tu yang dia faham situasi tu,” tulis seorang wargamaya. “Terbaik papa Hanania.

Komen Netizen:

Sebab tu rezeki diorang sekeluarga tak pernah putus. Hati baik, ikhlas,” puji seorang wargamaya. “Bersederhana Johan ni.

Pakai Vellfire yang dah habis bayar kot tak kolot nak upgrade bagai. Teruskan buat baik,” komen seorang wargamaya. “Alhamdulillah, satu dalam seribu,” kata seorang wargamaya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous article“Papa S4ngat Sensitif Dengan Anak-Anak,” Anak Ded4h Sikap Datuk Rosyam Nor!
Next articleDulu ‘berat’ nak jaga b4yi dari Yala, kini ibu muda tanggung s4kit terp4ksa berpisah! Sayang macam anak sendiri, hakikatnya milik orang lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here