Home Petua Tips Kis4h Seri Murid Tahun 1 Suka Menyendiri Sampai Tiada Siapa Nak Dek4t

Kis4h Seri Murid Tahun 1 Suka Menyendiri Sampai Tiada Siapa Nak Dek4t

95
0

Sesungguhnya alam persekolahan banyak meninggalkan seribu makna. Di sinilah kita semua belajar untuk bergaul dengan semua

Berikut kisah menarik yang di kongsi guru Tahun 1

Kisah Seri Murid Tahun 1

Aku namakan anak comel ini Seri, bukan nama sebenar. Seri ni murid tahun 1.

Hari pertama persekolahan, Seri sangat pendiam. Orang lain dah bergerak masuk kelas, Seri masih duduk di situ. Sendirian.

Seolahnya langsung tak faham arahan. Tapi dia tak men4ngis. Cuma menunduk tak nak pandang wajah dan mata guru.

Puas la cikgu-cikgu memujuk. Termasuk PK Petang sekali. Kena pimpin baru dia nak bangun dan berjalan masuk kelas.

Setiap hari memang akan ada guru yang pimpin masuk kelas. Kalau tak, dia akan duduk tanpa bergerak kat dewan.

Masa dia berjalan, kami guru-guru perasan, sebelah kakinya tempang. Selepas dirisik, rupanya Seri anak istimewa. Pendengaran dia pun ada masalah, pertuturan juga.

Dalam kelas, Seri hanya menyendiri. Tidak bergaul sesiapa dan tiada siapa nak mendekatinya.

Suatu hari aku masuk kelas Seri dan aku kena betulkan keadaan ini. Maka aku bercakap pada semua murid dalam kelas Seri,

“Dalam kelas kita, ada seorang murid istimewa tau. Murid istimewa ni biasanya tempat mereka di syurga akhirat kelak.

Kena layan dan berkawan dengan murid istimewa ni. Kena bantu dia, kena tolong dia. Jangan pulaukan, jangan pula meng4njing dan memalukan dia.

Awak tahu kan siapa?”

Semua murid menunjuk pada Seri. Tanpa aku suruh, dua tiga kawan berdekatan dia bangun dan terus menuju kat Seri.

“Awak. Nanti kita rehat sama-sama ya”.

“Awak nak pergi tandas cakap kat saya ya, saya teman”.

“Awak nak pensel tak? Kita ada pensel lebih”.

Serius masa tu bergenang kolam airmata aku. Betapa murni dan sucinya jiwa anak-anak ini. Kita cuma perlu beri sedikit ‘spark’ untuk menghidupkan api kasih sayang dan keprihatinan dalam jiwa mereka.

Selepas hari itu, setiap hari akan ada kawan-kawan dia pimpin Seri masuk kelas. Teman Seri ke tandas, rehat bersama, buat kerja sama-sama.

Inilah dia ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks. Ia dipelajari melalui universiti kehidupan.

Setinggi mana lulusan, itu cuma sekeping kertas sahaja. Hasil sebenar sesuatu pembelajaran yang berjaya ialah melalui sikap dan tindak tanduk.

Aku sentiasa menitik berat hasil dan sikap dalam mendidik anak-anak.

Biarlah ada yang kurang pandai dalam pelajaran, namun akhlak dan sikap biar santun dan beradab. Biar ada sifat keinsanan dan cakna pada orang keliling.

Alhamdulillah, anak-anak ini mudah mengikut kata. Mudah dilentur dan dididik.

Seri dalam proses perpindahan ke sekolah pendidikan khas. Kelas yang lebih sesuai untuk dia. Namun pertukaran memakan masa juga.

Sementara itu dia akan di sekolah kami, di kelas aliran perdana bersama kawan-kawan yang lain.

Dan kini aku tidak lagi risau tentang dia. Kerana kawan-kawan dia dah ada untuk menjaga dia dan mengasihinya.

#MFS

– Kisah Tahun 1 –

kredit: MFS

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : /www.gengkepoh.net/

Previous article[VIDEO] Ramai puji sikap ‘humble’ DSV l4yan kanak-kanak, siap bagi duit raya!
Next article“Ke ni Mirul guys?” – Ramai teruja bila jumpa ‘kembar’ suami Ain Edruce di Tiktok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here